Rumahku Syurgaku, itulah ungkapan yang sesuai untuk rumah kediaman kita. Hal ini kerana, rumah merupakan tempat kita dan keluarga berteduh.
Jadi, sebagai pemilik rumah, sudah pasti kita mahukan keluarga kita tinggal di dalam keadaan yang selesa. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nurain Mat Anisan. Beliau telah berkongsi mengenai idea deko rumah kecil miliknya dengan cara bajet.
Jaid, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom terus ikuti di bawah ini.
My small achievement.
Next target untuk tahun hadapan pula, kita renovate lagi perlahan-perlahan based on wiring, tambah batu atau pagar dan lain lain.
Gambar sebelum dan selepas renovasi rumah ini.
Dekorasi yang dibuat secara berkala sahaja untuk kawasan dapur dan ruang tamu. Selepas ayahnya berpindah, mereka yang duduk lalu diubahsuai jadikan rumah lebih ceria.
Dekorasi yang dihasilkan tidaklah begitu lawa. Namun, dengan melakukan ubahsuai, ia kelihatan lebih kemas. Katanya.
Projek ubahsuai ini berjaya dilakukan adalah hasil daripada duit berniaga sambal online. Dengan duit tersebut, ia membolehkannya untuk ubahsuai sedikit rumah ini.
Walaupun ubahsuai yang dilakukan tidak banyak, beliau tetap berpuas hati kerana mampu menjadi tempat yang selesa untuk keluarga kecilnya berteduh. Beliau memang tidak pernah menyangka, hanya dengan sambal bilis sahaja dapat capai target untuk penambahbaikan rumah ini.
Kebanyakan barangan rumah yang digunakan adalah dari IKEA, Kaison, Mr.DIY.
Almari kabinet yang digunakan adalah dibeli dari IKEA.
Gambar dapur sebelum dan selepas diubahsuai.
Ruang dapur tempat memasak.
Rak tempat meletakkan air dan cawan.
Cara susunan barangan dapur di atas table top.
Bahagian rak dan peti ais.
Beliau berkata, target seterusnya pula untuk tahun ini, beliau berhasrat untuk mengubahsuai lagi secara berkala pada bahagian wiring, tambah batu atau pagar dan lain lain lagi.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca.