Kemas Dapur Rumah Mak Mertua Yang Lama Terbiar

6,640 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika anda diantara semua pembaca giler deco ini mempunyai mertua yang telah pun tua dan uzur elok jenguklah keadaan mereka dan rumah mereka. Mertua yang telah uzur ni kadang tiada masa untuk menguruskan rumah disebabkan faktor umur yang telah uzur.

Norfiza M Ibrahim berkongsikan rupa sebuah dapur rumah mak mertua beliau yang kelihatan tidak diuruskan dengan baik dan dah macam dapur yang terbiar. Misi Norfiza M Ibrahim kali ini adalah untuk melakukan proses kemas dapur rumah mak mertua beliau.

Bagaimanakah rupa hasil sebelum dan selepas kemasan dapur tersebut akan kelihatan? Jom kita ikuti gambaran dan hasil untuk proses yang dilakukan oleh beliau ini.

Sebelum & Selepas Hasil Kemas Dapur Rumah Mak Mertua Yang Terbiar Begitu Sahaja

Kemas rumah mak mentua di rumah kampung. Wallpaper tu semua diy..cat lebihan colour light grey. Skirting dapur jahit sendiri manakala shelf dari ikea telah dispray hitam.

Bekas gula-gula dan lain-lain beli dikedai RM2. Label bekas2 tu ikea. Jam pula beli di kedai diy manakala bidai tu kedai langsir (dapur tu letak tempat asal balik sebab tak ambik gambar sebab kepenatan sudahhh)

Sebelum Dan Selepas Rupa Dapur Mak Mertua Yang Telah Dikemas

Keadaan dapur rumah mak mertua yang sudah uzur dan lama ini. Mak mertua pun tiada masa dan tak larat nak kemas semua ni.

Kemas Dapur Rumah

Design dapur zaman dulu sememangnya sebegini. Rak pun masih lagi boleh digunakan cuma tidak disusun dengan rapi.

Kemas Dapur Rumah

Tingkap pun ada yang terbuka jer macam tu. Ini membahayakan jika ada berlaku pecah masuk ataupun masuknya haiwan yang tidak diingini.

Hasil Akhir Selepas Kemas Dapur Rumah Mak Mertua Ini Dilakukan

Selepas membuat sedikit baikpulih dan makeover pada bahagian dapur ini, ini dia rupa yang paling latest untuk dapur rumah mak mertua ini.

Nak bagi tersembunyi semua jenis barang kat bawah tu saya pasangkan skirting khas.

Kemas Dapur Rumah

Wallpaper untuk dinding juga ditukarkan kepada wallpaper baharu.

Pintu masih kekal sama cuma dicatkan warna putih sahaja nak bagi nampak baru gituuuu.

Kemas Dapur Rumah

Untuk bahagian tingkap pula semua dah baiki dan nak bagi nampak lebih tertutup, saya putuskan untuk memasang bidai yang boleh dilaraskan.

Kemas Dapur Rumah

Kredit : Norfiza M Ibrahim

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down