Idea Dekorasi Bilik Tidur Tanpa Guna Katil

1,483 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki bilik tidur yang luas dan selesa sememangnya menjadi idaman semua orang. Tetapi tidak semua yang ada bilik tidur yang luas malah turut ada sesetengah orang yang tiada katil pun dalam bilik tidur mereka. Namun ianya bukan menjadi penghalang buat anda untuk menghias ruang tidur kerana ruang tersebut merupakan tempat untuk anda beristirahat dan tempat untuk mengurangkan tekanan yang ada. Perkongsian kali ini adalah dari saudara ini yang bernama Krishna Kumari. Perkongsianya pula adalah mengenai idea dekorasi bilik tidur tanpa guna katil.

Percaya atau tidak, wanita ini telah menghias bilik tidurnya walaupun tiada katil di dalam bilik tidurnya. Susunan bilik tidurnya yang tidak terlalu padat dengan barang-barang yang tidak penting yang boleh buatkan bilik anda tidak teratur. Jom kita ikuti perkongsian daripada Krishna Kumari menerusi akaun Facebooknya. Beliau telah memberikan beberapa idea menarik untuk menghias bilik walaupun tanpa menggunakan katil.

 

Idea Dekorasi Bilik Tidur  :

Deco tanpa katil. Kita rumah sewa sahaja. Tapi sewa bukan penghalang untuk tidak ubahsuai rumah tau. 

 

Simple sahaja gaya bilik tidur beliau.

Walapun tanpa katil, konsep dekorasinya sangat menarik untuk dilihat.

Bunga tulip boleh dibeli di Kaison. Harganya tidaklah begitu mahal. Mampu milik.

Chest Drawer dan cermin boleh dibeli di IKEA. Cantiknya meja make up yang beliau hasilkan. Love gitu.

Dekorasi lain bilik tanpa katil.

Dekorasi tema pink bilik tanpa katil.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap semoga perkongsian ini dapat memberi ilham dan manfaat sepenuhnya kepada anda untuk menghiasi bilik tidur supaya kelihatan lebih selesa. Selamat mencuba dengan konsep dekorasi baru yang menarik ini.

 

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down