Dekorasi Bilik Tidur Ala Hotel 5 Bintang

3,740 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bilik tidur merupakan salah satu ruang yang penting di dalam sesebuah rumah. Hal ini demikian kerana bilik tidur adalah tempat bagi setiap orang untuk berehat dan tidur. Oleh itu, bilik tidur perlu didekorasi supaya lebih cantik dan menenangkan.

Tak deko pun tak apa. Asal ada tempat tidur je. Mesti ada yang beranggapan macam ni kan. Hello! korang selesa ke kalau bilik tidur tu bersepah, berbau dan suram? Confirm tak suka kan. Kalau diberi pilihan pasti korang akan pilih bilik tidur yang cantik punya.

Jadi why not korang sendiri yang deko bilik tidur seperti yang dilakukan oleh Cik Nas. Jom ikuti perkongsian dari beliau mengenai dekorasi bilik tidur ala hotel mewah yang telah dilakukannya.

Dekorasi Bilik Tidur Ala Hotel Mewah Yang Lebih Eksklusif Dari Biasa

Keadaan Bilik Tidur Sebelum Dekorasi

Sekali pandang memang tak terpikat dengan suasana bilik tidur ni. Nampak suram je. Tak ceria dan menarik. Tapi disebabkan bilik tidur merupakan tempat utama untuk berehat, jadi ianya wajib dideko supaya lebih cantik dan menarik.

Alang-alang nak deko tu, apa salahnya deko bagi nampak macam bilik tidur hotel terus. Tak perlu dah nak bayar sewa bilik hotel mewah yang mahal tu.

bilik tidur ala hotel
bilik tidur ala hotel

Hasil Akhir Setelah Selesai Dekorasi

Gambaran bilik tidur dari muka pintu. Tengok macam ni pun dah cantik dan menenangkan. Belum tengok dekorasi keseluruhan bilik lagi.

c

Tengok katil je dah nampak mewah. Memang bagi effect yang wow giler.

bilik tidur ala hotel

Sambil-sambil baring boleh dengar zikir, radio dan macam-macam lagi.

Meja solek ni tak fill in barang lagi. Bila dah letak barang nanti memang kena rajin mengemas la jawabnya.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi bilik tidur ala hotel 5 bintang. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi terbaik kepada anda semua untuk deko bilik tidur nanti! Selamat mendeko!

Sumber : @pikoira (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down