Idea Kreatif Menghalang Daun Daripada Memasuki Kawasan Rumah

8,282 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bencilaaa kalau daun-daun yang gugur ni asyik masuk jer kedalam kawasan dalaman rumah ni. Dahlah masuk kedalam rumah lepastu kalau hujan habis lantai simen jadi warna ada kuning atau koko macam tu disebabkan warna daun gugur tersebut.

Nak marahh tapi hati ni sabar jer sambil memikirkan beberapa idea kreatif menghalang daun ni masuk kedalam rumah. Akhirnya, Nuna Tj melakukan diy memasang jaring pada bahagian pagar rumah beliau. Ternyata hasil tersebut berjaya dan masalah daun masuk kedalam rumah sudah pun tiada.

Nuna Tj berkongsikan bagaimana beliau melakukan diy pasang jaring kat pagar ni agar sesiapa yang mempunyai masalah daun masuk kedalam rumah.

Idea Kreatif Menghalang Daun Daripada Memasuki Kawasan Dalaman Rumah

Lega. Tak kesah dah pagar jadi tak cantek. Asal tak pening kepala, tak sakit hati, tak sakit mata dan tak stress. Jenuh oii hari2 nak kena sapu daun2 yang masuk dalam pagar.

Tiap weekend nak kena waterjet sebab lantai pon jadi kotor kesan daun2 yang keluar air karat dia. Sebab depan rumah banyak pokok2 asal yang pemaju tanam. So DIY sikit la dengan kos yang sangat minimum terus settle masalah problem

Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Lakukan Jaring Pagar Ini

Idea Kreatif Menghalang Daun Guna Teknik Jaring Di Pagar

Kawasan dalam pagar. Daun-daun yang sebelum ni terbiar disini terkena air hujan sampai jadi kotor macam ni. Tak sempat nak sapu komfirm akan jadi kotor simen.

Idea Kreatif Menghalang Daun

Geram pulak jer rasa tengok simen keadaan ni. Baru jer waterjet pastu jadi lagi macam ni.

Untuk idea ni simple jer, just ambikkan jaring plastik tu dan ikatkan dengan cable tie macam gambar dibawah.

Idea Kreatif Menghalang Daun

Okay dah siap. hehehe. Kalau nak bagi nampak kemas lagi pastikan jaring ditarik dengan kemas agar tidak longgar dan nampak cantik.

Daun-daun sudah memulakan operasi nak masuk kedalam kawasan rumah.

Muahahahaha! Akhirnya daun-daun semua tak dapat masuk dah. Yang masuk tu pun daun yang jatuh direct masuk kedalam rumah.

Idea Kreatif Menghalang Daun

Kredit : Nuna Tj

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down