Dapur adalah salah satu tempat yang sering digunakan oleh suri rumah. Dengan memiliki dapur yang baru dan kelihatan menarik, setidaknya dapat memberikan keselesaan dan semangat untuk memasak di dapur.
Itu yang dilakukan oleh wanita ini yang yang bernama Nur Amani Abdul Rani. Beliau telah mengubahsuai dapur kering miliknya itu kepada konsep yang lebih menarik dan elegan.
Jadi, jom kita lihat hasil ubahsuai dapur yang sangat menarik ini.
Ubahsuai dapur kering tak berapa kering.
Hari itu saya kongsi dapur basah, anggaplah ini sebagai dapur kering walaupun sejemput sahaja. Sejak ada dapur kering ini, kalau boleh nak tidur pun dekat sini.
Buat kerja sekolah pun dekat sini. Bukan saya seorang, suami saya pun sama.
Keadaan asal dapur lama. Jadi, beliau dan suami renovate sedikit ubah jadi dapur kering.
Backsplash itu design ketiga pilihan hati, sebab pilihan pertama dengan kedua habis stok.
Pemasangan kabinet dapur. Untuk dry kitchen ini beliau pilih modular cabinet.
Pada waktu malam pun projek ubahsuai ini masih diteruskan.
Akhirnya sudah siap kabinet baru. Mereka datang ukur quartz stone. Pilihan konsep adalah design marble.
Dapur lama setelah selesai diubahsuai.
Pada bahagian sinki itu di deco dengan cara simple sahaja.
Bahagian tempat letak oven.
Tema warna adalah putih.
Accent wall itu beliau buat sendiri sahaja.
Ini adalah ruang lepak baru, kalau boleh nak tidur pun di sini. Katanya.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba untuk makeover dapur rumah lama kepada gaya baru.
Semoga bermanfaat.