Jenis Gred Paip Poly Yang Ada Untuk Kerja Paip Di Rumah

6,925 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Artikel ni khas untuk para-para suami atau bakal suami yang ingin melakukan kerja-kerja pemasangan paip dirumah. Ramai tak suami ataupun bakal suami yang tahu bahawa paip poly ni ada grednya yang tersendiri? Ia bermula daripada gred A sehinggalah gred D.

Setiap gred ini ada kelebihan dan kekurangannya. Jika bajet anda ketat dan ingin memasang paip pada bahagian luar boleh ambil gred paip yang rendah namun jika ingin melakukan pemasangan paip didalam dinding atau dalam tanah sememangnya dinasihatkan mengambil gred yang paling terbaik.

Jom kita tengok perbezaan setiap gred paip dan bagaimana untuk mengecam jenis-jenis gred paip poly ini

Jenis Gred Paip Poly Yang Terdapat Di Malaysia Untuk Kerja Paip Di Rumah Anda

Salam, harini saya nak bagi detail skit tentang gred poly paip. Gred A no 1, gred B no 2, gred C no 3, gred D no 4

Jenis Gred Paip Dan Yang Manakah Lebih Sesuai

Kalau nak pakai untuk tahan lama pakai gred A tapi kena ingat paip poly ni seeloknya tanam lagi bagus daripada duduk dekat luar dan paip poly ni kalau nak tahan lama kena letak pasir halus dekat atas dia seblum kambus dengan tanah. Nak bezakan gred paip poly ni tengok dari warna dan tulisannya.

Jenis Gred Paip

Gred A ada tulisan kuning dengan cop sirim dan line biru gelap.

Jenis Gred Paip

Kalau gred B ada tulisan warna putih dan line biru muda.

Jenis Gred Paip

Kalau gred C ada tulisan putih tapi tak ada line dan gred D tiada tulisan dan tiada line. Setengah tukang dan setengah plumber dia nak untung banyak dia beli paip yang gred B,C atau D.

jenis gred paip

Paip gred B,C atau D boleh pakai cuma kualiti dia agak kurang daripada gred A dan paip dia nipis sahaja. Saya nak syorkan lebih baik beli yang mahal sikit boleh tahan lama daripada beli yang murah tapi hanya berapa bulan sahaja tahan.

Jenis Gred Paip

Kredit : Joe Ibanez

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down