Perbezaan Di Antara Paver Dan Jubin Yang Perlu Anda Tahu

1,689 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Anda sebagai pemilik rumah mesti bingung untuk memasang samada paver (tapak gajah) atau jubin. Pemasangan tersebut mungkin untuk dijadikan sebagai lantai di depan kawasan rumah atau sebagai landskap yang cantik pada kawasan sekeliling rumah anda.

Memilih diantara keduanya itu bergantung dengan kesesuaian jenis kawasan rumah anda tersebut. Ada kawasan yang boleh dan tidak boleh untuk keduu-dua barang ini. Ini perbezaan paver dan jubin yang anda perlu tahu.

Perbezaan, Kelebihan & Kekurangan Di Antara Paver Dan Jubin Yang Perlu Anda Tahu

Paver Dan Jubin

Jubin

Jubin didatangi dengan pelbagai jenis bahan, tekstur, warna dan gaya. Jubin ini boleh dibuat daripada seramik, porselin atau konkrit. Jubin ini terdiri daripada pelbagai reka bentuk dan corak yang berlainan.

Kelebihan

  • Rupa yang elegan dan berkualiti tinggi untuk landskap kediaman.
  • Didatangi dalam pelbagai siaz yang boleh diubahsuai untuk menjadi rekabentuk yang rumit.
  • Mudah dibersihkan dan mengekalkan penampilan sehingga bertahun-tahun.
  • Permukaan yang padat.

Kekurangan

  • Agak mahal jika dibuat daripada bahan yang berkualiti.
  • Boleh rosak atau retak jika selalu menerima tekanan yang berat.
  • Tidak sesuai dipasang di garaj kereta.
  • Tidak boleh memasang dengan sendiri. Perlukan orang yang mahir.
Paver Dan Jubin

Paver

Paver diperbuat daripada konkrit, batu bata atau batu kapur. Kebanyakkan paver ini dipasang di kawasan lalu lintas seperti di kaki lima, jalan untuk masuk parking dan landskap rumah.

Kelebihan

  • Permukaan yang kukuh dan tahan lama, murah dan mudah diselenggara.
  • Didatangi dengan pelbagai corak untuk dipilih.
  • Stabil dan mudah digantikan jika rosak atau pecah.

Kekurangan

  • Tiada rupa bentuk yang mewah seperti jubin.
  • Pilihan warna yang terhad.
  • Boleh dicemari oleh gris atau minyak.
  • Memerlukan tapak yang sesuai.

Kesimpulannya, pemilihan antara jubin dan paver ini adalah daripada citarasa masing-masing. Oleh itu, anda perlu membuat keputusan yang baik dan berpuas hati untuk kesenangan anda akan datang. Semoga info ini membantu anda semua!

Sumber : HomeStaedy

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down