Langkah-Langkah Menukar Kain Di Bawah Sofa

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kadang-kadang stress tengok kain bawah sofa dah koyak. Walaupun tak nampak jelas tapi kalau dah banyak sangat koyak kain tu akan terjuntai ke lantai.

Mohd Afiq Abdullah ada berkongsi langkah-langkah menukar kain di bawah sofa dalam group FB Tukang Apa Hari Ini.

Langkah-langkah Menukar Kain Di Bawah Sofa Supaya Nampak Baru

Alataan yang diperlukan:

  1. Staple gun
  2. Screwdriver/ impact driver/ drill/ auto screwdriver
  3. Kain pp nonwoven. Boleh beli kat Shopee

CLOTH SOFA DIVAN WRAP

Untuk kegunaan sofa wrap, divan box dan aksesori yang lain
Beli di Shopee

Langkah 1

Ukur saiz perabot anda bahagian bawah. Digalakkan lebih sedikit dalam 2 inci supaya boleh lipat ke bahagian dalam.

Langkah-langkah Menukar Kain Di Bawah Sofa
Langkah-langkah Menukar Kain Di Bawah Sofa

Langkah 2

Buka screw di kaki sofa pakai screwdriver/impact driver/drill/ auto screwdriver.

Langkah-langkah Menukar Kain Di Bawah Sofa

Langkah 3

Pilih sahaja mana-mana sisi dan pastikan lipat terlebih dahulu lebihan kain ke dalam. Kemudian staple di tengah. Kemudian pergi ke arah sisi yang bertentangan dari sisi yang telah di staple tadi. Tarik kain selari dengan yang telah di staple awal-awal tadi. Jangan terlalu tegang sangat sebab bimbang kain akan mudah terkoyak. Tarik hanya untuk hilangkan kedutan sahaja.

Langkah 4

Ulang langkah 3 dan buat di sebelah yang di staple pada awal-awal tadi. Anggaran selang dalam sejengkal. Sampai lah ke hujung sebelah kanan dan kiri. Seterusnya ulang balik langkah 3 tadi tapi di sebelah kiri dan kanan pula.

Langkah 5

Jangan lupa untuk tandakan lubang screw dengan melubangkan kain dengan screw. Hal ini untuk memudahkan anda screw balik kaki perabot.

Langkah-langkah Menukar Kain Di Bawah Sofa

Langkah 6

Staple gun pada setiap selang sejengkal dalam jarak 2-3 cm di sekeliling sofa.

Langkah 7

Screw balik kaki sofa. Dan akhirnya siap.

Itu sahaja perkongsian dari Mohd Afiq Abdullah tentang cara atau langkah-langkah menukar kain di bawah sofa. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down