Lelaki Ini DIY Kabinet Dapur Sendiri Demi Isteri Tercinta

18,878 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Macam tak percaya pula kabinet dapur yang kelihatan elegan dan stailo ini boleh buat sendiri (DIY). Nak suruh orang datang ubah suai tapi bajet kurang, apa kata DIY sendiri sahaja. Mungkin ambil masa sedikit tapi berbaloi kalau lihat hasilnya dihujung.

Untuk DIY kabinet dapur ini, Azman Man mengambil idea dari rekaan kabinet yang pernah dilihat ketika bercuti bersama isteri. Beliau menyatakan bahawa untuk DIY kabinet ini memerlukan sedikit kemahiran, mampu ukur saiz yang tepat, ada keberanian dan masa.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda cara dan bahan yang diperlukan untuk membuat kabinet dapur. Hasil ini dilakukan oleh Azman Man untuk isteri tercinta yang menginginkan kabinet dapur. Jom kita tengok hasil beliau.

Lelaki Ini DIY Kabinet Dapur Demi Isteri Tercinta

DIY Kabinet dapur sendiri.. Masa nak buat 50/50 yakin ngn tak yakin jadi.. Isteri nak kabinet design macam dia tengok dekat swiss masa bercuti.. semua laci kat dalam.. nampak simple.. so tanya kedai harga memang agak tinggi sehingga 5 angka 😅.. beranikan diri buat sendiri.. g ikea tgk sample kabinet dan tiru sikit2.. Alhamdulilah siap walaupun hampir sebulan nak siapkan.. buat sorang2 😆. Kos beli barang kasar dalam RM1600 + barang2 kecik2 sy agak dalam 2k siap semua.. siap kabinet bawah, kabinet atas dan kabinet peti ais..

KOS MENELAN SEBANYAK RM2000

Kos beli barang kasar dalam RM1600 + barang barang kecil saya agak dalam RM2k siap semua. Siap kabinet bawah, kabinet atas dan kabinet peti ais.

Kabinet Dapur

  • Saya guna base plywood 18mm, 2 keping RM180.

  • Laci, kabinet atas dan kabinet peti ais saya guna chipboard( harga RM95/pcs + siap potong RM25).
  • Saya guna 5 pcs chipboard (saiz 6×8 kaki).Ukur saiz & kilang potong, balik skru saja.

  • Table top beli kat hardware 12×2 kaki (RM280).

Kabinet Dapur

  • Semua pintu kabinet saya guna Arcylic 1mm, RM 60/pcs (guna 6 pcs / 4×6 kaki). Sticker white glitter untuk pintu juga RM200 (10 meter).

Kabinet Dapur

  • Itu saja kos yg besar yang lain harga murah-murah saja (saya tak kira berapa)
    Ada lebih chipbord sikit saya buat table bar untuk duduk berdua.

Kabinet Dapur

Macam mana dengan perkongsian Azman Man ini? Cantikkan kabinet dapur hasil DIY beliau. Untuk isteri tercinta katanya yang inginkan kabinet dapur. Itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga anda dapat inspirasi daripada perkongsian ini.

Sumber : Azman Man

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Hasil Mix & Match Barang Eco, Shopee, Ikea Dan Sebagainya. Keindahan Rumah Kuarters Ini Sangat Menyerlah!!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down