Makeover Rumah Ibu Bahagian Ruang Tamu Dan Ruang Makan

1,190 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah ibu merupakan satu-satunya rumah yang paling memberikan kesan yang mendalam buat kita. Banyak memori yang diukirkan dalam rumah ibu ini. Jadi, Nuraizaa Mokhtar berfikir untuk melakukan satu makeover terhadap rumah ibu mereka yang berada di Seremban itu.

Nuraizaa Mokhtar melakukan makeover pada 2 bahagian iaitu ruangan ruang tamu dan juga ruang makan. Menurut Nuraizaa pula, makeover ini dilakukan sebelum melandanya covid 19 ini di Malaysia. Jadi, kepada anda yang ingin melihat hasil dan juga bagaimana makeover ini dilakukan. Jom kita tengok perkongsian yang dilakukan oleh Nuraizaa Mokhtar ini mengenai makeover rumah ibu beliau ini.

Makeover Rumah Ibu Pada Bahagian Ruang Tamu & Ruang Makan Dengan Cantik Sepenuhnya

Throwback Sebelum covid melanda, ibu request anak2 dan menantu untuk makeover rumah ibu di Seremban. ruang tamu + ruang makan. Maaf gambar selepas tak ambil banyak sebab that time nak bersiap2 untuk masak rendang. Hari makeover tu puasa 2019.

Gambar Sebelum Makeover Dilakukan

Gambar-gambar dibawah merupakan gambar sebelum makeover ini dilakukan oleh kami ini. Memang bahagian ini kosong pada awalnya dan terdetik untuk lakukan makeover rumah ibu ini pada bahagian ruang tamu dan ruang makan.

Makeover Rumah Ibu

Work In Progress Dalam Melakukan Makeover

Proses-proses makeover ini telah dijalankan. Gambar dibawah merupakan proses mengecat pada bahagian dinding di bahagian ruang makan.

Proses mengecat pada bahagian pintu ruang tamu.

Warna yang digunakan untuk mengecat ini adalah bernama Hush White dan juga Crown Jewel.

Makeover Rumah Ibu

Hasil Akhir Makeover Dilakukan

Tadaaaa!!! Inilah dia hasil akhir rumah ibu kami yang telah dimakeover ini. Gabungan warna biru dan putih ini sangat menyerlah dan hasilnya sangat cantik.

Makeover Rumah Ibu

Untuk memisahkan antara ruang tamu dan makan, kami melakukan divider untuk pisahkan 2 bahagian ruangan tersebut. Nak makan pun takkan nampak kerana terhalang dengan divider tersebut.

Makeover Rumah Ibu

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Jika anda inginkan inspirasi untuk melakukan makeover dirumah anda, boleh jadikan hasil ini untuk inspirasi untuk anda.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Sumber : Nuraiza Mokhtar

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down