Bilik yang kelihatan ceria dan menarik sudah pasti datang dari pemilik yang sentiasa menjaga dan menitikberatkan dekorasi pada ruang tersebut.
Apabila ianya sentiasa dijaga, bilik juga akan lebih kemas dan rapi. Itulah yang dilakukan oleh pemilik ini yang bernama Syarafuddin Othman, bagi memastikan bilik itu kelihatan baru, beliau telah melakukan makeover bilik utama gelap kepada konsep wainscoting yang cukup cantik.
Jom ikuti perkongsian ini.
Alhamdulillah siap projek DIY, kali ini ruang master bedroom pula, bilik dah macam gua niah, jadi, kita makeover la sikit.
Saya memilih pilihan warna cerah, sebelum ini sudah pakai warna gelap, tetapi lama-lama naik putih-putih mencacatkan ruang bilik.
Inilah hasil yang acah-acah wainscoting.
Bahagian dinding bilik ini sebelum diubahsuai.
Sebelum dipasang wainscoting, dinding hitam itu disapu dengan coating terlebih dahulu.
Barangan yang digunakan adalah tangga dan barangan yang seangkatan dengannya.
Kayu wainscoting yang ingin dipasang pada dinding.
Keadaan dinding setelah dipasang wainscoting.
Hasil bilik tidur utama selepas berjaya diubahsuai secara DIY dengan menggunakan konsep wainscoting.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada mereka yang mahu mengubahsuai bilik tidur kepada konsep baru.
Semoga bermanfaat.