Dari sebuah kuarters PDRM yang kelihatan terbiar macam tu jer kepada sebuah kuarters yang diubahsuai dengan diberikan sebuah dekorasi yang cantik dan nampak elegan.
Itulah dia perkongsian daripada pengguna Facebook bernama Nadia Izzati ini. Beliau kongsikan bagaimana pada awalnya keadaan rumah yang kotor dan terbiar kepada proses sewaktu nak cantikkan dalaman rumah sehinggalah kepada dekorasi akhir rumah kuarters tersebut.
Jom kita melihat hasil akhir dekorasi yang cantik ini. Mana tahu jika ada yang mencari inspirasi untuk rumah kuarters anda.
2002-2018 - Husband berkhidmat di Penang.
2018 - Sebelum akad nikah, husband ditukarkan ke Kuantan. PJJ kami. 2 minggu sekali husband balik Penang.
2019 - Husband dapat tukar balik ke Penang. Mohon kuarters. Alhamdulillah dapat. 2 bulan buat pelan-pelan nak siapkan. Hari-hari ulang alik dari rumah pergi kuarters. 3 km je rumah dengan kuarters.
Jan 2020 - Official masuk kuarters lepas semua barang dari rumah dah angkut. Bersihkan rumah lama. Masuk kuarters. Lebih selesa , 3x ganda besar dari rumah dan environment lebih selamat.
15 tahun lagi, suruh husband keluar baris. Pencen umur 55. Decoration dengan renovation perkara yang berbeza ya. Saya buat decoration, bukan renovation.
Keadaan Rumah Kuarters Sebelumnya Dan Semasa Proses Makeover Dilakukan
Beginilah keadaan rumah kuartes pada awalnya. Masuk tu rasa nak pitam jer tengok semua ni.
Owner lama memang tinggal macam ni jer.
Tak paham diorang buat apa sampai jeriji besi pun jadi macam ni.
Bahagian hallway nak ke bilik masing-masing.
Oky, masa ni proses nak mengemas slow-slow dengan membuang barang yang tidak berguna.
Selain kedaaan yang teruk, wiring apa semua pun kena tukar.
Wainscoting jangan lupa!! Benda wajib ada untuk setiap rumah kuarters.
Masa ni plan nak makeover kuarters PDRM dengan lebih teliti. Siap buat peta minda lagi.
Hasil Dekorasi Dalaman Rumah Kuarters PDRM Yang Cantik Dilakukan Ini
Inilah dia hasil dekorasi yang dilakukan ini. Simple-simple sahaja namun boleh dijadikan inspirasi untuk mereka diluar sana.
Bahagian ruang tamu yang disertakan dengan dinding wainscoting dan juga grand mirror.
Bahagian hallway nak pergi ke bilik dan juga tandas.
Ruang dapur kami. Yang bestnya sebelah tu ada ruang laundry. Nak memasak sambil membasuh baju memang senang sangat.
Kredit : Nadia Izzati