Wainscoting bukan hanya dibuat pada ruang tamu rumah sahaja. Sebenarnya, bermacam tempat di kawasan rumah sesuai digayakan dengan menggunakan wainscoting.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Syahrul Bariah. Beliau memilih untuk mengupah orang dalam menghasilkan makeover pada laluan pintu masuk bilik dengan menggunakan wainscoting.
Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.
Dulu akak selalu berangan nak buat wainscoting grand mirror. Alhamdulillah tercapai juga. Akak upah orang sebab suami isteri tangan tak berapa kuat sejak accident.
Bajet yang dikeluarkan adalah lebih kurang 1.5K jugalah.
Keadaan ruang pintu masuk sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang pintu masuk semasa proses ubahsuai dan pemasangan wainscoting sedang giat dilakukan.
Link Shopee kayu wainscoting : https://shope.ee/9zLfx7XoUi
Keadaan ruang pintu masuk selepas wainscoting siap dipasang. Langkah seterusnya pula adalah mengecat.
Keadaan ruang pintu masuk semasa proses mengecat sedang dilakukan dengan menggunakan cat putih bagi menampakkan ruang tersebut lebih kelihatan luas.
Keadaan dinding setelah selesai dicat dan dipasang wainscoting.
Keadaan penuh kawasan yang diubahsuai itu.
Pandangan dari sudut kiri dinding.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai makeover laluan pintu masuk bilik pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca.