Makeover Rumah Apartment Rekaan Minimalis Warna Hijau

28,846 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap daripada kita semua ini pasti menginginkan makeover rumah kediaman yang menarik kan? Bukan sahaja kediaman mereka menarik namun mesti juga inginkan ia cantik dan kemas kan? Apa kata anda lakukan makeover rumah anda dengan rekaan minimalis.

Terbaharu, seorang daripada pengguna twitter yang bernama @Aizul_Marcello. Beliau telah berkongsikan dengan kita semua beberapa keping gambar rekaan minimalis kediaman rumah apartment yang beliau telah di makeover. Apartment tersebut dikatakan berada di Setia Alam, Selangor.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda cara-cara dan juga proses makeover daripada @Aizul_Marcello ini. Makeover apartment ini menonjolkan lagi penggunaan warna dan rekaan minimalis apartment ini. Apa kata kita lihat perkongsian makeover beliau dibawah.

Makeover Rumah Apartment Dengan Gabungan Warna Hijau Berkonsep Rekaan Minimalis

DIBERI KEPERCAYAAN

Beliau telah diberi kepercayaan sepenuhnya oleh owner rumah untuk makeover rumah apartment tersebut. Berikut merupakan gambar sebelum makeover apabila beliau ambil alih.

Image
Image

Kemudiannya, beliau meneruskan makeover rumah apartment tersebut menjadikan sebuah rumah yang elegan dan menarik. Ditambahkan lagi dengan konsep rekaan minimalis, anda dapat melihat penggunaan warna putih disekeliling rumah tersebut.

Perabot pula dikombinasikan dengan beberapa warna seperti hijau,coklat dan hitam. Penggunaan warna tersebut menaikkan lagi seri rekaan rumah apartment ini menjadi cantik dan kemas. Juga sedap untuk mata memandang dalaman apartment ini.

Image
Image
Image

PENGGUNAAN WARNA EMERALD GREEN

Untuk makeover ini, beliau memutuskan untuk menggunakan warna hijau yang dipanggil sebagai "Emerald Green" untuk dijadikan warna penyeri makeover rumah apartment ini.

Aku masukkan siket tona warna emerald green sebagai penyeri.

Image
rekaan minimalis
rekaan minimalis
rekaan minimalis
rekaan minimalis

Cantik bukan makeover apartment ini gabungan warna "Emerald Green" dan juga rekaan konsep minimalis ini. Adakah ini memberikan inspirasi kepada anda untuk makover rumah seperti ini? Giler deco berharap ini mampu memberikan inspirasi buat anda.

Sumber : @Aizul_Marcello

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down