Makeover Rumah Lama Berkonsepkan Tiny House

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah yang berkonsepkan tiny house semakin mendapat perhatian di Malaysia. Cuma bezanya di Malaysia, tiny house atau rumah kebun siap dengan dekorasi yang cantik.

Hal ini turut mendapat perhatian seorang warga TikTok yang bernama Fattahsixfarm. Beliau berkata memang mempunyai minat terhadap rumah kayu. Jadi beliau membuat keputusan untuk makeover rumah lama berkonsepkan tiny house.

Makeover Rumah Lama Berkonsepkan Tiny House Menggunakan Kayu Asal

makeover rumah lama

Beginilah keadaan rumah yang terbiar itu. Kayu masih elok, daripada terbiar kosong dan mereput adalah lebih baik untuk digunakan.

Proses meleraikan kayu-kayu. Kerja ini perlu dibuat oleh orang yang cermat. Kalau tidak boleh merosakkan kayu. Tuan rumah perlu mencari orang yang cermat dan teliti dalan menguruskan kerja ini.

Kayu-kayu ini diasingkan yang mana boleh digunakan diletakkan di satu tempat yang berbeza dengan yang rosak.

Kemudian bermula lah aktiviti membersihkan kawasan rumah dan membina balik rumah dengan memacakkan tiang.

Setelah beberapa bulan siap la tiny house Encik FattahSixFarm ni. Maka langkah yang seterusnya adalah menghias rumah pulak.

Nak deko ni ambil masa la sikit. Tugas ni beliau serahkan je dekat isterinya. Yang pasti rumah dah siap bina sebelum puasa dan tahun ni dapat beraya di rumah baru.

Sampai di sini sahaja perkongsian kali ini. Semoga para pembaca terinspirasi.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down