Siapa yang tak sukakan tandas yang kelihatan cantik dan grand-grand ni kan? Setiap penghuni rumah semestinya perlu ada tandas dengan deko simple agar ianya menjadi idaman untuk semua orang. Sebab itulah Giler Deco ingin kongsikan sebuah makeover toilet idaman yang dilakukan oleh Toke Budu ini.
Melalui perkongsian daripada Toke Budu ini, hasil makeover tersebut dilakukan pada pkpb lagi zaman covid. Disebabkan duduk dirumah tiada pergi mana-mana maka datang rajinnya nak lakukan sebuah makeover tandas dirumah mereka.
Jom kita lihat bagaimanakah rupa hasil makeover yang dilakukan ini.
Makeover toilet ke toilet idaman. Time PKPB husband tak keje,so kita kerah tenaga die untuk siapkn toilet hitam putih ni.
Dari Tandas Biasa Kepada Makeover Toilet Idaman Yang Cantik
Gambar bawah ni masa nak start proses makeover dah. Buang apa yang perlu dan tutup barang-barang daripada terkena cat untuk proses mengecat.
Sinki pun cover dengan tape juga risau takut terkena sisa-sisa cat yang tumpah.
Untuk proses mengecat ni, saya menggunakan cat jenama Nippon Paint Hex Pastel Paste ni. Memang sesuai untuk digunakan pada bahagian bilik air ini.
Hasil Akhir Makeover Tandas Yang Dilakukan Ini
Tadaaaa!! Selepas hampir dalam beberapa minggu melakukan makeover ini akhirnya siap juga. Bertemakan warna "Black White" modern ni memang sesuai sangat untuk tandas rumah saya ini.
Sinki dan cermin ni banyak beli didalam Shopee. Ramai juga yang rekomen sinki dan cermin kalau nak buat deko tandas minimalis macam ni.
Last sekali untuk mereka yang bajet tak nak buat partition mahal-mahal boleh jer letakkan rod holder dan kain macam gambar dibawah. Dah jimat sangat-sangat daripada upah orang buat partition mahal-mahal.
Kredit : Toke Budu