Cara Selesai Masalah Sliding Door Selalu Terkeluar Landasan

16,156 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mempunyai kabinet pintu, almari atau apa jua perabot yang dilengkapi dengan sliding door ini sangat cantik dan menarik. Namun, apabila sliding door ini kerap sangat digunakan akan ada masalah yang akan timbul. Apa itu masalah yang timbul?

Masalah tersebut ialah pintu sliding akan terkeluar daripada landasan. Perkara ini memang biasa terjadi. Jadi, anda tidak perlu keluarkan duit mengupah seseorang untuk membaikinya kerana anda boleh baikinya sendiri.

Menerusi perkongsian daripada Basyeer Hulala ini, beliau hanya menggunakan satu bahan sahaja untuk membaiki masalah sliding door yang terkeluar daripada landasan. Apa yang diperlukan ialah hanya tukar roda sahaja. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.

Cara Untuk Betulkan Masalah Sliding Door Yang Rosak

Untuk sesapa yang ada masalah pintu sliding almari baju asyik terkeluar dari landasan, boleh diy tukar anti jump roller macam ni

Bahan Yang Diperlukan :-

Tukarkan Roda Asal Kepada Roda Baharu

Roda yang bernama V2 itu adalah roda yang asal. Ia tidak mempunyai besi memanjang terjuntai sebagai berfungsi untuk anti jump. Dia jadi macam spring kita boleh tolak masuk roller tu ke dalam.

masalah sliding door

Untuk roda yang baru ini. saya beli di platform Shopee. Banyak seller yang jual roda macam ini.

Kalau sliding door yang macam dalam gambar first tu, anda cuma perlu beli yang roller set sahaja. Yang lain tak perlu. Untuk stopper tu nak mudah guna gam lilin saja lekat dekat rail tu.

Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda dapat menyelesaikan masalah roda sliding door yang selalu terkeluar daripada landasan ini yang dilakukan oleh Basyeer Hulala.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Basyeer Hulala

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down