Mudahnya Pasang Wainscoting! Ini Cara Ringkas Boleh Dilakukan Oleh Semua Orang

776 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dekorasi dalaman rumah sangat penting bagi memastikan keadaan rumah kekal kelihatan menarik dan ceria. Bagi menjadikan bahagian dalam rumah lebih sedap mata memandang, penggunaan wainscoting amat disarankan kerana ianya mampu memberi impak dengan menjadikan ruang tersebut nampak lebih luas.

Tapi, masih ramai yang tidak tahu untuk menghasilkan wainscoting. Nampak je susah sebenarnya ianya sangat mudah.

Jadi, jom kita ikuti langkah dan cara pemasangan wainscoting dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Ringkas Pasang Wainscoting

Sebelum memulakan pemasangan, sediakan beberapa bahan seperti yang telah disenaraikan di dalam gambar ini.

Cara penggunaan gam kayu dengan betul:

Selepas gambar V-tech dipasang bersama gun, ianya sudah boleh disapu pada wainscoting PVC.

Langkah seterusnya pula adalah tampal wainscoting PVC itu pada dinding.

Bila gam dah kering, buang lebihan gam itu dan sapu filler.

Langkah akhir, catkan dengan dua lapisan.

Sementara menunggu, simpan roller terlebih dahulu.

Kemudian, cat dengan lapisan kedua pula.

Pasang wainscoting

Inilah hasil pada bahagian dinding setelah selesai dipasang wainscoting.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat membantu semua pembaca dalam menghasilkan wainscoting dengan cara DIY.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down