Operasi nak "makeup" sesebuah rumah ini memerlukan bajet yang tinggi. Jika rumah tersebut merupakan rumah lama dan nak tukar keseluruhan rumah sudah pastinya memakan masa. Rupa rumah lama juga bergantung kepada adakah struktur tersebut masih boleh digunakan ataupun tidak.
Berceritakan tentang operasi mencantikkan rumah lama ini ramai dah yang share antaranya ialah Hayati Hussin ini. Beliau membeli sebuah rumah lama dan ingin masuk kerumah tersebut secepat yang mungkin. Beliau membuat perjanjian dengan kontraktor untuk siapkan "makeup" rupa rumah lama tersebut dalam masa 3 bulan sahaja.
Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Hasilnya juga bukan biasa-biasa tauuu. Boleh mengalahkan sesetengah rumah artis. Jom kita tengok rupa rumah lama ini yang diberikan konsep modern cantik ini.
Sebelum selepas. Prjanjian 3 bulan siap. Sangkut pkp 6 bulan baru settle. Alhamdulillah dah siap dan untuk size rumah ini adalah keluasan 20x60
Dalaman Dan Luaran Rupa Rumah Lama Sebelum Diberikan Makeup
Luaran rumah lama ini yang asal sebelum diberikan ubahsuai.
Ini pula dalah pada bahagian belakang rumah.
Bahagian dalaman rumah merangkumi ruang tamu, bahagian dapur, dan juga ruang tandas.
Sinki ini pada awalnya memang dah ada disini. Sini bahagian laundry ataupun dapur.
Keadaan tandas yang lama tidak digunakan. Banyak juga proses nak buat untuk bahagian tanda sini sahaja.
Ini adalah ruang kosong semasa proses ubahsuai dilakukan. Perbesarkan ruang ini agar ada partition diantara ruang tamu dan juga dapur.
Dalaman Dan Luaran Rumah Diberikan Makeup Dalam Masa 3 Bulan
Walaupun hanya 3 bulan sahaja diberikan masa, hasilnya sangat menakjubkan. Ini dia rupa bahagian hadapan rumah yang dilakukan.
Ruang tamu yang memanjang mencantikan lagi suasana pada bahagian ini.
Partition yang memisahkan ruang tamu dan juga ruang dapur dirumah ini.
Ruang dapur kami. Disinilah tempat untuk makan bersama-sama dengan family tersayang.
Kalau yang sebelum ini tandas nampak kecil kan? Yang ni selepas tandas diperluaskan dan di renovate balik agar selesa untuk diguna.
Kredit : Hayati Hussin