Projek Grill Ruang Atrium Guna Corrugated Clear Roof

24,862 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apa Itu Ruang Atrium?

Dalam seni bina, atrium adalah ruang besar terbuka atau diliputi oleh cahaya matahari yang dikelilingi oleh bangunan. Atria adalah ciri biasa dalam kediaman Rom Purba, memberikan cahaya dan pengudaraan ke bahagian dalaman dengan konsep penggunaan tumbuh-tumbuhan pada ruang tersebut.

Dekorasi rumah yang menggunakan konsep tumbuhan hidup seperti ini pada bahagian halaman rumah mampu menjadikan ruang tersebut menyegarkan mata apabila dipandang.

Kebiasaannya, ruang sebegini tidak memerlukan pagar pada bahagian hadapan rumah. Namun, tidak menjadi masalah jika ingin memasang pagar juga.

Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Ja Zahirah Harun. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam melakukan projek grill ruang atrium supaya rumahnya lebih kelihatan cantik dan menarik.

Ingin melihat perkongsian ini dengan lebih lanjut? Jom terus ikuti di bawah ini.

Projek Grill Ruang Atrium Hadapan Rumah

Grill asal telah lerai pada bahagian bawahnya kerana faktor cuaca dan haiwan (tempat kucing melepaskan hajat).

Projek Grill Ruang Atrium Hadapan Rumah

Konsep sebegini merupakan inspirasi dari satu pintu rumah sederhana di Vietnam. Beliau gabungkan dengan bahan seperti corrugated clear roof  bahagian bawah pintu ini supaya kalis kencing kucing dan memberi ilusi ruang yang luas.

Projek Grill Ruang Atrium Hadapan Rumah

Permulaan proses, pintu ini dibuat frame dahulu sekeping-sekeping daunnya. Ia boleh dilakukan mengikut luas yang dimahukan untuk letakkan grill.

Untuk saiznya pula, boleh bincang dengan tukang grill berapa lebar, tinggi dan berapa keping daun yang kita mahu. Kemudian, tukang hanya letak skru tengah daun pintu atas dan bawah supaya boleh dipusing-pusingkan 360 darjah.

Projek Grill Ruang Atrium Hadapan Rumah
Projek Grill Ruang Atrium Hadapan Rumah

Kemudian, Bahagian bawah daun itu suaminya skrukan dengan atap clear berombak seperti zink untuk estetik design serta untuk mengelakkan berkarat terkena kencing kucing.

Projek Grill Ruang Atrium Hadapan Rumah
Projek Grill Ruang Atrium Hadapan Rumah

Hasil pagar selepas selesai dipasang.

Projek Grill Ruang Atrium Hadapan Rumah

Itu sahaja perkongsian menarik dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down