Pengalaman Setelah Menggunakan Lantai Jenis SPC Selama 1 Tahun Setengah

2,538 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Lantai Vinyl, Lantai SPC dan sebagainya merupakan lantai lantai yang paling digemari oleh rakyat malaysia. Senang cerita kebanyakkan rumah di Malaysia ini meminati lantai jenis begitu. Artikel kali ini nak fokuskan kepada kekurangan dan kelebihan lantai spc yang telah digunapakai oleh Md Azrie ini.

Md Azrie ini telah pun menggunakan lantai spc ini selama setahun setengah. Kiranya hampir 2 tahun dah beliau menggunakan spc ini. Beliau ingin berkongsikan pengalaman beliau dalam menggunakan lantai spc di rumah beliau.

Jika anda berhajat untuk mengambil lantai spc ini sebagai lantai rumah anda, boleh baca dahulu apa kelebihan dan kekurangan lantai ini.

Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Menggunakan Lantai Jenis SPC Selama 1 Tahun Setengah

Sedikit perkongsian pengalaman setelah menggunakan lantai SPC almost 1 1/2 years. Secara keseluruhan, saya berpuas hati & saya rasakan saya membuat keputusan yang betul untuk memasang lantai jenis SPC ini. Saya guna jenis 4mm + 2mm foam underlay memandangkan mozek asal kemas & dalam keadaan rata.

Kelebihan Dalam Menggunakan Lantai Jenis SPC Ini

Lantai Jenis SPC
  • Tahan air

Tak lembap, even sesekali ada tertumpah air pun tak resap sebab interlocking join yang agak baik (tapi kena cepat-cepat lap). Wife saya mop every week seperti biasa sahaja

  • Tahan Panas

Even terdedah kepada cuaca panas lantai spc tidak akan kembang.

  • Warna Kekal

Lantai SPC yang terdedah kepada panas tidak akan pudar dan bertukar warna.

  • Mudah Dibersihkan

Hanya perlu mop secara minimal dengan air biasa dan tak perlu perawatan yang khusus.

  • Boleh Dipasang Di Permukaan Sedikit Kurang Rata

Sebab kawasan dry kitchen saya sedikit tidak rata namun pemasangan SPC dapat dilakukan tanpa cacat cela.

  • Tidak Licin

Permukaan SPC tidak licin seperti mana-mana lantai yang lain.

Lantai Jenis SPC
  • Selesa

Bila kita duduk rasa selesa dan tidak sejuk (penting untuk orang-orang tua).

  • Sangat Mudah Dipasang

Untuk keluasan rumah saya 1780sqft, kontraktor hanya ambil masa sehari sahaja untuk siapkan.

Kekurangan Dalam Menggunakan Lantai Jenis SPC Ini

  • Sensitif

Jika ada benda yang berat dan tajam jatuh ke atas permukaan SPC, akan ada calar balar dan paling teruk akan terkupis.

  • Tidak Sepenuhnya Kalis Air

Jika air tumpah, cepat-cepat mop atau lapkan.

Kredit : Md Azrie

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down