Setiap rakyat Malaysia ini mahupun yang dah bekeluarga ataupun bujang pastinya masih ingat lagi pengalaman rumah pertama mereka. Rumah pertama ini merupakan rumah yang kita usahakan untuk dapatkan hasil daripada titik peluh masing-masing.
Ada yang dapat rumah sewa mahupun rumah tetap. Standard pengalaman rumah pertama ini akan bermula dengan rumah dalam keadaan yang bersepah dan tidak kemas. Jadi, bila dah bersepah sudah semestinya diri ni nakkan rumah dengan deko yang cantikkan?
Boleh lihat perkongsian yang dikongsikan oleh Zilfiah Husaini ini. Beliau kongsikan pengalaman rumah pertama beliau dan bagaimana melakukan dekorasi yang cantik dirumah tersebut. Pada awalnya sangatlah bersepah dan tidak terusus.
Ni rumah pertama kami. Nak tunjuk hasil diy batten wall kami. Sebelum ni tak ada mood nak deko rumah sebab suami dan anak tak nak tidur atas. Jadi kami semua tidur depan tv je la. Kat situ ruang tamu, dan situlah tempat tidur kami. Tilam bantal pun semua kat situ. Bilik di bawah pula kecil sangat. Hanya katil single je. Bilik bawah tu dijadikan tempat dressing dan solat.
Bila ada tetamu mengejut datang rumah, kelam kabutla kami nak susun segala tilam bantal masuk dalam bilik kecil tu. Nak jemput kawan2 datang beraya ke rumah pun malu. Masa tu ada perasan menyesal sangat2 beli rumah 2 tingkat ni. Ada tak yang macam kami menyesal beli rumah dua tingkat? Hujung tahun 2021 masa tu suami cadang nak beli rumah setingkat je.
Sejak tu la saya mula beli barang2 untuk rumah baru pelan2. Beli sofa dulu walaupun kunci rumah baru dapat lambat lagi. Dengan harapan sofa tu kekal cantikkkk. Masa tu la muncul niat nak deko2 rumah lama sebelum pindah rumah baru. Nak jadikan kenangan, nak ootd raya di rumah lama. Jadi kami decide nak diy batten wall je sebab kos paling murah berbanding wainscoting.
Buat batten wall ni rumah nampak lagi luasss. Kos tak sampai rm300 je termasuk kawasan dining hall. Tapi tak termasuk cat. Kabinet tv dan kabinet dapur kami buat sendiri. Pintu kabinet semua kami guna aluminium.
Pengalaman Dari Rumah Pertama Bersepah Kini Nampak Cantik
Gambar sebelum. Dah macam rumah bujang kan.
Tengah bersepah masa ni. Letih mengemas dari pasang batten wall.
Gambar ruang tamu selepas
Suami bising sebab saya beli dua pokok hiasan ni.
Kabinet tv ni kami buat sendiri. Frame keliling tv tu mak saya yang cat. Belakang tv tu wallpaper. Ni abang ipar la banyak tolong bab memotong dan install.
Dapur ni pun kami buat sendiri.
Kabinet dapur ni kami buat sendiri atas pertolongan family saya. Pintu aluminium. Sampaikan anak2 buah saya pun tolong. Ada yg tukang letak gam
Dulu nak ada microwave dan oven. Microwave tu pun saya jual sebab tak guna.
Kredit : Zilfiah Husaini