Bila bercakap jer mengenai paip tersumbat ramai jer yang panggil orang untuk lakukannya. Kadang ianya tersumbat sebab benda simple sahaja dan anda boleh selesaikan masalah tersebut tanpa perlu bantuan orang lain. Cara penyelesaian paip tersumbat ini boleh dilihat melalui perkongsian oleh Cila Sazila ini.
Beliau berkongsikan bagaimana untuk selesaikan masalah paip tersumbat yang selalu terjadi rumah. Cara beliau guna pun ambil daripada tips yang dikongsikan oleh salah seorang ahli grup Facebook "Tukang Apa Hari Ini". Tips dan cara ini memang sesuai untuk suri rumah kata Cila ini.
Jadi, apa kata jom kita tengok adakah cara ini betul-betul membantu atau tidak dalam penyelesaian paip tersumbat ini? Cara nak buat tersebut adakah mudah atau senang?
Penyelesaian salur paip tersumbat. Guna mop aje. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian sahabat TAHI. Bermanfaat sungguh buat kami. Betul betul jadi. Suri² rumah andai kata terkena, boleh cuba cara guna mop ni. InshaAllah settle.
Cara Penyelesaian Yang Berguna Untuk Atasi Paip Tersumbat
Dari pagi dah tersumbat teruk, sudah di tuang serbuk, sudah di tuang asid, sudah di tembak air, sudah di salurkan hose dari depan dan belakang.
Yang dari belakang tu suami saya asalnya guna hose paip yang keras, jadi tak boleh masuk sampai hujung. Cuba punya cuba, sampai abis idea, search la di group ni. Asalnya macam tak percaya. Sumpah tak percaya sebab clog nya bukan biasa² kali ni.
Tapi dah tak ada ikhtiar lain, saya cuba saja, asalnya mop tu macam tak ngam, dah eh ye ke ni boleh masuk. Tapi syukur alhamdulillah sangat sangat, pelan pelan tarik tolak mop tu,bila mop tu berjaya ditolak masuk ke dalam je, terus terdengar bunyi air release dia lubang ke 2.
Dan sumbat yang terakhir ke lubang main hole tu suami tembak air guna hose. Alhamdulillah selesai. Terima kasih Pn Azzra & En Firdaus diatas perkongsian yang berguna buat kami.
Posting asal yang diambil daripada Azzra Mohtar ini. Tips & trik yang dilakukan ini memang menjadi.
Dari trap bawah singki ke main hole ada lagi 1 lubang trap. Jarak dari trap bawah singki ke main hole luar lebih kurang 4 meter.
Kredit : Cila Sazila