Xiaomi Mijia Robot Vacuum Bibik Era Moden Yang Wajib Dimiliki Setiap Pemilik Rumah

116 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Produk yang dikeluarkan oleh Xiaomi jaranglah mengecewakan dan kebanyakannya sangat home friendly. Kebanyakan produk yang dikeluarkan seperti CCTV, timbang berat, dan hair dryer, memang semuanya jenis intelligent.

Hal ini kerana, fungsi yang ditetapkan dengan ciri works with alexa dan google assitance dapat memudahkan kita memberi arahan dengan cara bercakap sahaja. Itulah salah satu kelebihan yang ada pada produk jenama Xiaomi ini.

Namun, pada kali ini, Giler Deco mahu berkongsi mengenai produk vakum robot yang dikeluarkan oleh Xiaomi dengan kelebihan dan fungsi yang cukup membantu meringankan beban pemilik rumah dalam melakukan kerja-kerja pembersihan.

Jadi, jom teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Kenapa Perlu Beli Xiaomi Mijia Robot Vacuum?

Bibik baru sudah sampai, nama dia "Bubu La.

Alhamdulillah, sangat satisfied dengan Xiaomi Mijia Robot Vacuum sekali dengan mop ni.

Dah lama aim nak beli benda ni, bila cuba, memang betul best, berbaloi beli dan kena dengan harga.

Inilah produk robot vakum yang dikeluarkan oleh Xiaomi pada kali ini. Harga Bibik ini di dalam lingkungan RM700-RM800.

Xiaomi Mijia Robot Vacuum

Cara Penggunaan:

Ianya cukup mudah, boleh setting dekat telefon apabila mahukan robot ini berkhidmat untuk tuannya. Kemudian, kita boleh tengok kawasan mana robot ini bersihkan.

Robot vacuum ini sangat berfungsi, jika kita tidak ada dekat rumah pun robot ini boleh buat kerja.

Apa yang penting adalah internet di rumah perlulah sentiasa dalam keadaan aktif. Apabila balik rumah, habuk pun sudah tidak ada. Namun, deep cleaning perlu dilakukan juga sebulan sekali bagi memastikan kediaman sentiasa bersih.

Xiaomi Mijia Robot Vacuum

Boleh dikatakan memang mudah sangat apabila ada bibik elektrik ini. Setiap kali sebelum tidur, hanya perlu on sahaja untuk vacuum satu rumah. Apabila bangun pagi, tengok lantai sudah bersih. Dapatlah ringankan beban kita untuk kemas rumah.

Gambar di bawah ini adalah kawasan yang telah dibersihkan oleh vakum ini.

Xiaomi Mijia Robot Vacuum

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai review robot vacuum yang wajib dimiliki oleh setiap pemilik rumah bagi memudahkan urusan harian kita. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down