Pita Pelekat Kain Alternatif Lain Lekatkan Tag Nama Sekolah

711 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Macam biasanya apabila tibanya musim sekolah ini sudah pastinya ibubapa akan sibuk dengan mencari barangan-barangan sekolah untuk anak-anak mereka antaranya kasut, baju, seluar dan juga tudung sekolah. Bila dah beli semua tu, anak-anak pula tolong kita jahitkan nama pada baju atau tudung mereka.

Nak tak nak si ibu selalunya yang menjahit tag nama ni kan? Jahit 2 atau 3 tak apa lagi kalau untuk yang ramai anak macam mana? Mesti letihkan? Ni ada satu cara alternatif tak perlu menjahit lagi dah. Guna sahaja pita pelekat kain sahaja. Lagi mudah, cepat dan senang untuk digunakan.

Perkongsian daripada Nabila Othman ni menunjukkan cara untuk gunakan pita pelekat kain ini sebagai alternatif lekatkan tag nama sekolah untuk anak anda. Jom kita ikuti perkongsian ini.

Guna Pita Pelekat Kain Sebagai Cara ALternatif Lekatkan Tag Nama Sekolah Anak

Assalamualaikum. Saya saja nak share sikit kerja ibu2 setiap kali awal tahun persekolahan. Ini lah kerja2 ibu yang kadang meletihkan. Menjahit lencana dan name tag anak2.Kadang sampi berpuluh. Klu ibu2 yang ada mesin jahit dan mahir menjahit bukanlah masalah besar.

Ok kat sini nak kongsi sikit cara mudah. Hya ambil masa sekitar 5 minit untuk memasang lencana dan nametag. Saya gunakan Fabric Adhesive tape yang biasanya boleh jumpa kat kedai yang menjual alatan menjahit. Ok, cara2 ada kt gambar. Selamat mencuba.

Langkah Untuk Gunakan Pita Pelekat Kain Ini Untuk Tag Nama Sekolah

Tape boleh beli di kedai barangan jahitan. Tape ni 10m panjangnya so boleh guna bertahun2. Harga saya beli RM16.90.

Pita Pelekat Kain

Ukur mengikut size tanda nama atau lencana. Pastikan bahagian berkilat di letak pada permukaan tanda nama. Kalau salah, maka gam akan melekat pada iron pulak.

Gosok menggunakan seterika biasa (yang stim tak boleh) lebih kurang 10saat. Iron legend yang berat ni sangat tahan.

Pita Pelekat Kain

Dah lekat elok dah tu.

Pita Pelekat Kain

Tanggalkan bahagian kertas yang ada pada atas tape.

Gosokkan pada baju. So, dah siap.

Pita Pelekat Kain

Kredit : Nabila Othman

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down