Pada masa kini, boleh dikatakan projek DIY memang menjadi kegilaan ramai, tidak kira dari golongan remaja, pertengahan umur dan juga yang sudah berusia.
Hal ini kerana, dengan melakukan secara DIY, kita dapat menjimatkan banyak bajet dari membeli secara terus. Perkara tersebut telah dilakukan oleh wanita ini yang bernama Madeeha A. Rahim. Beliau juga telah menunjukkan proses dan cara mudah untuk lakukan DIY meja solek hanya guna pine wood sahaja.
Jom ikuti perkongsian DIY dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah.
Request meja solek DIY. Sangat berpuas hati dan bersyukur.
Permulaan proses, kayu dipasang membentuk satu rangka tapak meja solek terlebih dahulu. Ianya bertujuan untuk penghasilan kabinet bawah yang kukuh untuk menampung almari meja solek ini.
Selepas kabinet bawah selesai dipasang, kini proses seterusnya adalah memasang rak pada bahagian atas almari meja solek ini.
Proses seterusnya adalah memasang kayu pada bahagian belakang rak meja solek ini.
Proses seterusnya pula melakukan pemasangan tempat letak cermin rak meja solek ini pada bahagian tepi.
Cermin meja solek selesai dipasang.
Inilah hasil akhir setelah projek DIY selesai dilakukan.
Almari kabinet meja solek selesai mendarat di dalam bilik. Dengan melakukan projek secara DIY, sekurang-kurangnya dapat menjimatkan bajet untuk memiliki rak almari seperti ini.
Kenapa perlu beli mahal sedangkan dapat buat sendiri dengan harga murah?
Setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi idea dan inspirasi kepada semua pembaca dalam melakukan projek DIY seperti ini.
Semoga bermanfaat.