Jika mahu mencantikkan halaman rumah dengan cara bajet, banyak kaedah yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah dengan menghasilkan deco melalui projek DIY.
Kalau mengupah orang, sudah tentu bajet yang dikeluarkan paling tak kurang satu kali ganda dari bajet asal. Disebabkan itu, wanita ini yang bernama Shazila Yusof menghasilkan ubahsuai halaman rumahnya dengan cara DIY sahaja.
Beliau berkata, bajet kasar yang dikeluarkan olehnya lebih kurang RM200 sahaja. Jadi, jom kita lihat proses DIY yang dilakukan oleh pasangan ini.
Tengok panel kayu berpasu rumah orang berada, kita pun teringin jugak. Kita pun buat la ikut standard orang marhaen.
Ok la kan?
Projek panel kayu hasil kerja tangan kami suami isteri.
Ini adalah konsep idea asal. Beliau ubah sedikit mengikut citarasa sendiri dan ikut kemampuan sendiri.
Projek ini dimulakan dengan bismillah.
Proses ukur dan tanda dilakukan terlebih dahulu.
Proses memotong kayu dilakukan oleh isterinya.
Kemudian, proses menyilangkan kayu dilakukan.
Selepas itu, proses memasang kayu penghadang bahagian pasu dilakukan.
Proses pemasangan telah siap dilakukan. Langkah seterusnya adalah dengan mengecat.
Beliau mencuba untuk letakkan pada dinding sebab nak tengok sesuai atau tidak.
Proses mengecat mula dilakukan.
Inilah hasilnya setelah siap. Pokok pun tak sempat tumbuh elok lagi. Lubang paku pun belum sempat tampal. Tapi sebab sudah tak sabar, beliau terus menyuruh suaminya mengambil gambar pada bahagian tersebut.
Itu sahaja perkongsian projek DIY menarik yang berjaya dihasilkan oleh pasangan ini. Semoga dapat memberi idea dan inspirasi buat pembaca dalam menghasilkan dekorasi kreatif pada bahagian luar rumah.
Selamat mencuba.