Projek DIY Rak Belajar Khas Anak Lelaki Guna Besi Angel

226 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Anak-anak memerlukan sebuah tempat yang selesa dan luas untuk belajar ataupun membuat kerja rumah dirumah. Jika anak-anak tiada ruang belajar dirumah bagaimana untuk mereka nak dapatkan keputusan yang cemerlang. Tempat belajar dirumah juga memainkan peranan yang penting untuk pembelajaran anak-anak.

Disebabkan ingin anak-anak berjaya, Ariffin Mohd Ali berkongsikan beliau membuat sebuah DIY rak belajar khas yang besar untuk diletakkan didalam bilik. Beliau mengharap DIY rak belajar tersebut dapat membantu anak lelakinya akan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan mereka.

Projek DIY Rak Belajar Khas Untuk Anak-Anak Lelaki Munggunakan Bahan Besi Angel

Projek DIY ikut suke hati saiz. Rak belajar anak lelaki 3 orang, walaupun bukan pakar, jadilah Buat2 peluh, yang penting jimat kos.

Tinggal nak balut papan meja je, kite beli tikar getah untuk meja je. Total kos RM230

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat DIY Rak Ini

  • Playwood 12mm - 1 keping RM58.00
  • Besi Angel lobang2 1inci stgh X 1inci stgh - 10 batang (RM13 sebatang)
  • Screw dan nut 1 paket (RM15 sepaket)
  • Besi L3 lobang - 40 keping (RM0.40 sekeping)
  • Getah alas tapak - 6 pcs (RM1.80 sebiji)

Proses-Proses Dalam Melakukan DIY Rak Belajar

Papan plywood, besi angel dan bahan lain siap sedia untuk dicantum menjadi rak belajar.

Untuk membuat rangka rak ni. Ambilkan besi angel yang dah siap dipotong mengikut saiz yang ditetapkan.

DIY Rak Belajar

Macam puzzle jer masa buat proses ni. Cantum-cantum sampai jadi rangka rak. Huhuhu.

DIY Rak Belajar

Untuk sambungkan besi angle ni saya gunakan besi L 3 lubang dan nut.

Alang-alang dah tahu ni rak mereka, mereka pun join tolong sekali membuat diy ini.

DIY Rak Belajar

Dah nampak kukuh tu, cuba letakkan plywood atas tu. Okay dah ngam saiz. Nanti kita kasi kemaskan.

DIY Rak Belajar

Last proses iaitu kemas-kemaskan apa yang patut. Kukuhkan lagi nut, letakkan plywood didalam compartment yang sepatutnya.

Alhamdulillah udah siap semuanya. Pindah masuk kedalam bilik anak laki letak kat dinding tepi ni. Pandai-pandai diorang susun sendiri bahan bacaan mereka kat rak ni.

Pandai pun susun. Kemas jer tengok. Kalau berterabur boleh mengamuk orang yang buat rak ni.

DIY Rak Belajar

Kredit : Ariffin Mohd Ali

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down