Projek DIY Ruang Tamu Yang Cantik Dan Kreatif

2,698 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pada masa kini, penggunaan wainscoting dan cermin hiasan dinding (Grand Mirror) sudah tidak asing lagi. Kalau dahulu, mungkin pemilik rumah merasakan untuk melakukan kerja-kerja pemasangan sebegini agak sukar. Jika mengupah orang, pasti harganya lebih mahal.

Namun, sudah ramai yang hanya melakukannya sendiri secara DIY sahaja kerana ia lebih menjimatkan kos dari mengupah orang. Perkara tersebut dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Mohd Rizalmi. Beliau telah berjaya menghasilkan projek DIY pada ruang tamu miliknya dengan gaya dan konsep tersendiri.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Projek DIY Ruang Tamu Guna Wainscoting & Grand Mirror

Alhamdulillah. Siap juga akhirnya. Idea ambil di dalam group Facebook. Terima kasih semua.

Gambar semasa proses pemasangan wainscoting pada bahagian bawah dinding ruang tamu dilakukan. Kemudian, kayu tersebut dicat dengan warna putih iaitu warna cat ruang tamu yang sejuk.

Selain itu, cermin pada dinding tersebut dibeli secara online. Ukuran jarak dari lantai ke panel tengah itu adalah 4 inci atau 10 cm.

Projek DIY Ruang Tamu

Bahagian dinding setelah dilakukan sedikit dekorasi dengan menggantung hiasan. Cat yang digunakan adalah jenis Jotun softskin berkod 10580. Dinding ini menggunakan konsep Shiplap.

Projek DIY Ruang Tamu

Bahagian tangga setelah selesai dipasang wainscoting.

Wainscoting ruang tamu

Pandangan penuh ruang menonton tv.

Wainscoting ruang tamu

Sejujurnya, pemasangan wainscoting pada bahagian tangga memang agak sukar dan perlu kesabaran yang tinggi.

Biasanya hanya individu pakar yang berpengalaman sahaja mampu untuk melakukan proses sebegini. Namun, pemilik rumah ini melakukan dengan sendiri dan hasilnya cukup menakjubkan.

Wainscoting ruang tamu

Bahagian ruang tamu setelah diubahsuai.

Wainscoting ruang tamu

Pandangan penuh bahagian langsir pada ruang tamu.

Wainscoting ruang tamu

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk melakukan ubahsuai secara DIY.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down