Projek DIY Tembok Halang Kucing Masuk Ke Kawasan Rumah

5,161 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dapat jiran yang membela kucing ni nak dikatakan sebuah kebahagian atau pederitaan sebenarnya? Kalau tengok dari segi perspektif kebahagian sudah pastinya kucing jiran kadang-kadang akan datang kerumah untuk bermain dengan kita. Kalau dari segi penderitaan samaada ia kencing atau berak dikawasan rumah kita dan meninggalkan kesan bau yang kuat.

Dapat kucing jiran yang selalu kencing dan berak ni kadang-kadang stress tau. Nak-nak pula kalau setiap hari dilakukan sebegitu. Dah puas dah tegur jiran tapi hasilnya masih sama sahaja. Cara yang ada untuk elakkan daripada benda ni berulang adalah dengan membuat tembok halang kucing dirumah.

Kyukoto Falley berkongsikan bagaimana untuk membuat tembok kucing ini dengan jaring besi kukuh untuk halang kucing jiran dari memasuki kerumah beliau. Hasilnya sangat memuaskan kerana kucing tersebut sudah tidak pun masuk kerumah beliau lagi.

Projek DIY Tembok Halang Kucing Masuk Ke Dalam Kawasan Rumah

Nak kongsi sikit salah 1 kaedah paling mudah, murah dan cepat bagi masalah kucing jiran yang selalu panjat tembok masuk kawasan rumah.Sebelum ni macam-macam cara dah guna letak botol, tong minyak, bata rumah, pasang jaring tutup sana masuk sini tutup sini masuk celah sana.

Semua tak jalan. Dah tegur kat jiran tapi masih tak jalan. Kita cuba alternatif cara lain bagi menjaga hubungan baik sesama jiran.Masuk hari ke-28 setakat ni kucing jiran tak lepas lagi masuk dan tak kencing atas cermin kereta, berak depan pintu rumah, atas kereta, dalam kasut, dalam penyodok sampah, atas alas kaki, dalam pasu bunga.

Banyak kaedah lain lagi boleh guna. Saya guna wire galvanized mesh ni sebab ada pengudaraan dan nampak senonoh sikit.

Cara Untuk Membuat Tembok Halang Kucing Guna Jaring

Masuk bagi fit2. Nak kuat lagi tambat guna u-clip. Tapi macam ni pun kukuh kucing tak boleh nak rempuh dah.

Kalau berani cuba la turun daripada tembok ni.

Tembok Halang Kucing

Bagi rapat dengan tebing supaya kucing tak boleh nak berpaut dengan kemas.

Nak bagi cantik buat rendah sikit. Saja buat tinggi sebab plan nak gantung pokok hiasan kat sini.

Tembok Halang Kucing

Tambat dengan u-clip pada bolt pagar supaya tak boleh masuk dengan senang.

Untuk pengetahuan korang, U-clip ni ikat pada bolt pagar sebab malas nak tebuk lubang baru.

Tembok Halang Kucing

Kredit : Kyukoto Falley

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down