Projek Memasang Pintu Kabinet Pada Bahagian Dapur

5,373 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesiapa yang menginginkan sebuah pintu kabinet dapur ini mestinya sudah mengetahui harga yang sangat mahal jika ingin melakukannya. Apatah lagi kalau anda ingin mengupah orang memasangnya sudah tentu akan lagi mahal.

Usah risau kerana perkongsian daripada Mohd Zaki ini akan membuatkan anda jimat banyak duit dalam melakukan projek memasang pintu kabinet dapur ini. Beliau berkongsikan cara untuk memasang kabinet dapur yang memerlukan modal yang murah.

Untuk melakukan proses memasang kabinet ini memerlukan beberapa bahan sahaja. Beliau telah kongsikan semua bahan yang diperlukan. Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini dalam memasang pintu kabinet dapur.

DIY Projek Memasang Pintu Kabinet Dapur Yang Bermodalkan Harga Dibawah RM1800

Projek Mega PKP. Memasang Pintu Kabinet Dapur

Cerita dia macam ni. Anak aku yang hero baru setahun lebih tu asyik dok punggah barang-barang kat dapur. Bini aku dok mengeluh tak larat nak kemas balik. Dia minta aku cari tukang mai buat.

Aku servey harga nak buat dengan bagi ukuran. Anggaran kos lebih kurang RM1500 dan kalau nak tambah drawer kena topup lagi RM200. Total dekat RM1700 juga la nak kena stanby. Duit tu cukup dah tapi masalah dia kawasan Daerah aku PKPD. Tukang tak boleh nak mai.

So aku study cara-cara nak buat kat dalam blog dan youtube. Nampak senang ja. So aku offer kat bini aku nak buat sendiri.

Alhamdulillah siap juga akhirnya. Aku buat makan masa dekat sebulan juga sebab dengan komitmen kerja sekali tak boleh nak tumpu. Tapi bagi yang pakar aku ingat dalam 3 atau 4 hari boleh siap dah.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Projek Memasang Pintu Kabinet

Proses Melakukan DIY Memasang Pintu Kabinet

Gambar sebelum. Bini aku letak tirai jenis plastik.

Keadaan bila buka tirai tersebut. Kes ni la anak aku dok kerap mai dapur nak punggah barang.

Projek Memasang Pintu Kabinet

Sebelum nak bina apa-apa kita buat pelan dulu. pelan ni bukan apa supaya kita senang nak kira barang yang nak beli nanti.

Ni barang aku beli bawa balik sendiri.

Antara tool aku aku gunakan. Ada lagi yang tak masuk ni seperti Measuring Tape dan Apit G.

First sekali kita kena buat kerangka kabinet dulu.

Projek Memasang Pintu Kabinet

Proses menyiapkan kerangka kabinet

Alhamdulillah. Siap dah kerangka. Boleh start buat pintu pulak.

First time buat pintu ni memang kekok wei. Dua tiga kali gak potong nak bagi dapat ukuran tepat.

Projek Memasang Pintu Kabinet

Jeng jeng jeng. Koi terer sikit nak buat pintu ni.

Tinggal 1 pintu lagi. Bahagian lain nak buat drawer.

Ok. Proses nak buat drawer.

Siap dah drawer kita cuma nak buat laci ja letak kat situ.

Siap dah 2 laci. lagi 2 lagi. laci aku palai kayu pallet. Bahagian bawah laci aku pakai Aluminium Composite Panel.

Hasil Akhir Proses Memasang Kabinet Dapur Ini

Alhamdulillah. Siap dah semua. Keadaan bila dah tutup semua pintu dan laci. Belum koyak plastik lagi.

Tadaa. Bila koyak plastik akan jadi macam ni. Asal nak boh kaler putih. Tapi kedai tu ada stok kaler ni ja. Ok la masuk dengan table top hitam.

Projek Memasang Pintu Kabinet

Pandangan depan dapur.

Projek Memasang Pintu Kabinet

Sumber : Mohd Zakri

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down