Accent wall cukup terkenal dengan konsep dan bentuknya yang mampu membuatkan kita terpukau sewaktu melihatnya. Ia sedikit berbeza dengan wainscoting, wainscoting lebih tertumpu kepada gaya dekorasi yang lebih statik sahaja.
Apa yang membuatkan accent wall ini menarik disebabkan corak dan bentuk yang ingin dihasilkan bergantung kepada kreativiti yang dimiliki oleh pemilik rumah.
Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Rafidah A'ilyan. Beliau dan suami menghasilkan dekorasi dinding berkonsepkan accent wall dengan gaya Diamond Head.
Jadi, bagi mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah. Selesai laksanakan impian nak buat accent wall
Design diamond head. 3 hari cuba siapkan dengan suami. Guna alatan biasa sebab sudah tak sabar nak buat.
Bahagian dinding yang ingin dihasilkan dekorasi tersebut. Pemasangan mula dilakukan dari bahagian bawah terlebih dahulu.
Selepas itu, susun bentuk diamond tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
Nampak macam kayu kan? Tapi sebenarnya ini hanyalah wayar casing. Beliau beli di kedai hardware. Panjang 6 kaki dan lebar pula ikut saiz yang dimahukan. Beliau gunakan saiz 1 inci.
Keadaan dinding setelah selesai dinding accent selesai dipasang. Proses seterusnya pula adalah dengan mengecat.
Hasil dinding accent setelah selesai dipasang. Sangat cantik hasil yang dilakukan ini. Dinding yang kosong kini sudah nampak ceria semula.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.