Penghasilan dekorasi rumah yang kelihatan kreatif dan menarik tidak semestinya memerlukan bajet ribuan ringgit. Sebenarnya, berbekalkan bajet hanya ratusan ringgit sahaja mampu hasilkan konsep dekorasi yang cukup cantik pada bahagian ruang tamu rumah.
Cara terbaik jika mahu berjimat cermat dalam menghasilkan dekorasi rumah adalah dengan menghasilkannya sendiri secara DIY. Itu yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Aufa Miqael Miqa. Walaupun hanya lakukan projek ini seorang diri. Namun, dekorasi dan konsep yang dilakukan cukup kreatif dan unik.
Untuk melihat proses dan senarai barangan yang dilakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Tumpang kongsi projek wainscoting dan shiplap. Hasil buat seorang diri guna barang-barang yang ada.
Alhamdulillah, hasil buat sendiri dengan bajet tak seberapa, masih baru belajar dan perlu dibaiki. Buat sendiri lebih menjimatkan kos.
Barangan yang digunakan :
Gambar Gam X- Bond dan silikon filler gap.
MDF Shiplap Board 6mm (Tebal) 3 kaki (Panjang).
Kayu wainscoting beli dekat kedai hardware.
Kayu wainscoting dan shiplap selesai dipasang pada bahagian dinding.
Keadaan ruang solat sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang solat selepas diubahsuai.
Selepas dipasang, ianya dicat dengan warna putih. Bahagian dinding guna warna pastel.
Ruang tamu selepas pemasangan selesai dideco secara seorang diri.
Bahagian ruang menonton tv.
Pada bahagian dinding cukup menarik dan kreatif dengan penggunaan wainscoting.
Pandangan keseluruhan ruang tamu selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.