Sofa merupakan antara perabot yang perlu ada didalam rumah kita. Sofa ini adalah tempat untuk kita duduk sambil tengok tv, berehat dan juga tempat untuk layan tetamu. Jadi, seeloknya setiap rumah kita perlu ada sofa. Jika tiada sofa dan harga dikedai pula terlalu mahal, anda boleh sahaja lakukan diy set sofa.
Macam yang dilakukan oleh Zainol Saad ini, beliau yang mempunyai kemahiran bertukang yang tinggi telah melakukan sebuah set sofa daripada kayu pallet. Untuk pengetahuan anda, projek diy ini adalah dibuat secara bersahaja kerana ia hanyalah sekadar hobi dan juga aktiviti masa lapang.
Untuk hasil akhir pula, bagi beliau kepuasan yang dilakukan oleh beliau merupakan nilai keseluruhan bagi projek diy tersebut. Jika anda ingin melihat bagaimana set sofa ini dilakukan, jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Alhamdulillah. Siap sepenuhnya set kerusi sofa. Buat pelan² sekadar hobi untnk sendiri. Semoga menjadi inspirasi pada sahabat semua.Terima kasih pada group SKP berkongsi ilmu. Salam sayang
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-
Proses Untuk Melakukan DIY Set Sofa Kayu Pallet
Ini adalah rangka bagu set sofa tersebut. Kesemua kayu ini telah digabungkan menggunakan paip clamp dan juga gam agar lebih rapat dan kemas.
Penyandar sofa pula adalah bahagian luar sama dengan tiang atau kaki kerusi. Untuk membuat penyandar sengat cuma tolak kehadapan dalam 3cm.
Saiz kerusi yang dilakukan. Ukuran sofa ini perlulah mengikut kusyen yang hendak digunakan.
Hasil Akhir Set Sofa Diperbuat Daripada Kayu Pine
Inilah dia hasil akhir diy set sofa yang dilakukan oleh Zainol Saad ini.
Sumber : Zainol Saad