Rumah kampung yang lama ni biasanya mempunyai sebuah tandas yang terasing dan juga kawasan pun tak luas. Kalau orang muda yang berada dirumah kampung yang lama sudah semestinya inginkan sebuah tandas yang up to date dan kelihatan lebih moden kan?
Aiza Ezoo yang berada dirumah kampung ni berkongsikan sebuah renovasi tandas yang telah pun dilakukan pada rumah kayu lama yang berusia lebih 30 tahun. Hasil ubahsuai tersebut dilakukan untuk mengubah rupa tandas yang sempit menjadi luas.
Hasil tersebut dikongsikan didalam sebuah grup facebook Kelab Dekorasi IKEA Malaysia. Jadi, jom kita melihat hasil sebelum dan selepas kawasan tandas yang dilakukan ubahsuai ini.
Sambungan kisah bilik. Ini pulak kisah si. Beza sebelum & selepas.
Info ubahsuai :-
- Buang dinding tengah.
- Toilet Cangkung
- Ceiling ➡️ Plaster Ceiling & +Exhaust Fan.
- Redo whole piping ➡️ Copper Pipe 1/2”.
- Redo tiles ➡️ Tiles reject kilang (harga half)
- Pintu plastik ➡️ Alu Door.
- Tambah tangki air & waterpump.
- Dinding simen licin & disapu cat clear sebab tu nampak berkilat.
Rumah kayu berusia lebih 30 tahun.
Dari Tandas Rumah Lama Sempit Menjadi Tandas Dengan Keluasan Modern
Rupa tandas rumah lama ni. Yang tak suka ada dinding ditengah-tengah tandas ni. Tu punca tandas ni menjadi sempit.
Untuk bagi tandas ni nampak luas memang kena pecahkan dinding ditengah ini.
Disebalik dinding ni ada tandas cangkung. Disebelahnya pula ada tempat mandi.
Proses memecahkan dinding dilakukan dan paip lama ditukarkan kepada paip copper.
Hasil Akhir Ubahsuai Kawasan Tandas Yang Dilakukan Ini
Inilah dia hasil akhir pada kawasan tandas ni selepas dilakukan proses pemecahan.
Paip yang lama ditukarkan kepada paip copper. Baru nampak kemas dan cantik.
Cermin pun guna yang hexagon wall mirror jer. Jimat tak perlu belanja banyak untuk cermin tandas yang mahal.
Sumber : Aiza Ezoo