Proses Pemasangan Backsplash DIY Atas Permintaan Isteri

1,266 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap wanita yang selalu menghabiskan masa didapur sudah pastinya menginginkan sebuah backsplash wall pada ruangan tersebut. Dengan adanya backsplash wall ini, ia bertujuan agar ia melindungi permukaan dinding tersebut daripada apa-apa percikkan yang tidak diingini.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ben Safwan ini telah berkongsikan cara beliau melakukan proses pemasangan backsplash wall ini atas permintaan isteri tersayang. Siapa yang tak nakkan backsplash wall kan? Nanti memasak habis terkena dinding.

Jadi, jom kita tengok proses pemasangan backsplash yang dilakukan oleh Ben Safwan ini secara DIY untuk isteri tersayang. Mana tau nanti nak buat satu kat rumah.

Atas Permintaan Isteri, Lelaki Ini Melakukan Proses Pemasangan Backsplash Wall Pada Bahagian Dapur

Isteri minta pasang backsplash baru sebab sayang nak guna pada cement fibre board,maka saya datang dengan idea ini. Cara senang,cepat dan tahan. Beli tiles pilihan,alumunium T slot untuk kemasan, Barang lain anda perlu ikut pilihan sendiri.

Saya guna Xbond, All purpose sealer, FCOT tools mata tiles untuk potong, tape.

Cara pasang,seragamkan dengan dinding,letak gam setiap keping dan pasang. Tinggal sedikit ruang tepi dan bawah supaya senang untuk kemasan alumunium T slot.

Dah pasang, tape sementara kering dan adjust spacing. Walau dia datang 1 kaki dah di tape,tapi 1 row sahaja saya guna camtu ( 3 baris ). 3 baris atas lagi saya pasang satu-satu keping. Cabut dari pelekat jaring dia.

Spacing saya guna pencungkil gigi je sebab spacing tiles saya di rumah satu lagi. Adjust spacing biar cantik sikit.

Dah siap pasang tiles,boleh pasang alumunium t slot untuk kemasan,tutup kecacatan. Dah kering gam,guna all purpose sealer menggantikan simen putih/grout tiles.

Isi setiap celahan dan gosok dengan span . Cara gosok adalah secara membulat.

Kenapa ?

Cara ini akan jadi lebih senang,cepat dan tiles bersih. Lap dengan kain. Apply sealer pada di celah kemasan aluminium dan bahagian atas supaya hasil kerja kemas.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan 

Cara Untuk Melakukan Pemasangan Backsplash Wall Ini

Sebelum. Walaupun dah letak clear protection, isteri sayang nak guna. Takpeee. Kita buat baru.

Proses Pemasangan Backsplash

Tiles corak ini dia datang dalam ukuran seperti ini.

Proses Pemasangan Backsplash

Potongan menggunakan FCOT tools ini. Kalau tak ade ,pakai grinder mata tiles or pemotong tiles.

Letak gam X-Bond sesedap rasa. Jangan kedekut . Tak perlu risau tercabut.

Proses Pemasangan Backsplash

Sementara tunggu gam kering,lekatkan dengan tape.

Letak je pencungkil gigi 2 btg ( melintang dan tegak camtu ) untuk spacer.

Proses Pemasangan Backsplash

Penggunaan alumunium T-Slot akan mudahkan kerja kemasan akhir. Install pakai gam X-Bond juga.

Dah siap dah backsplash untuk isteri dan saya masak

Proses Pemasangan Backsplash

Sumber : Ben Safwan 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down