Punca Sebenar Rumah Jadi Panas Dan Bahang Walaupun Waktu Malam

362 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Umum sudah mengetahui, beberapa negeri di Malaysia sedang dilanda krisis cuaca panas melampau yang membuatkan rumah menjadi bahang. Walaupun menggunakan aircond, bahang masih lagi dirasai.

Apakah sebenarnya punca rumah jadi panas?

Jadi, bagi mengetahui punca dan cara kurangkan bahang dalam rumah, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Punca Sebenar Rumah Jadi Panas Dan Bahang Melampau

Faktor sebenar adalah disebabkan coating bumbung rumah sudah tidak ada.

Jadi, ia menyebabkan cahaya matahari indirect terus ke genting lalu menyerap haba umpama batu tungku ketika dipanas api, bahang panas bumbung dibawa ke malam. Kalau tak percaya, boleh periksa bumbung masing-masing.

Jadi nak buat macam mana? takkanlah setiap kali bumbung lusuh perlu ditukar baru?

Jadi, alternatifnya adalah kita lakukan coating semula bumbung dengan coating bumbung berelastomeric dan dilapisi dengan cat khas untuk penggunaan bumbung yang bertindak sebagai penangkis sinaran UV.

Cuma nak cakap, kalau sudah pasang Roof ventilation fan sekali pun, ia tidak akan menyelesaikan masalah rumah panas kecuali buka bumbung. Kemudian, pasang Insulation Aluminium Foil double layer atau ber insulate dengan rockwool.

Tetapi, jangan pula salah faham, yang mana insulation bukan bahan pencegah kebocoran tau. ia adalah bahan penebat haba sama fungsi dengan coating elastomeric tadi.

Jadi nak buka bumbung atau tidak? Benda boleh jimat dan cepat, jadi tak perlu buka.

Tips lain:

Make sure dinding rumah juga dicat baru dengan menggunakan jenis cat yang mampu melindungi sinaran UV.

Ada banyak brand juga yang menyediakan cat jenis ini. Itu pun sekiranya dinding rumah guna batu simen. Kalau rumah pakai batu merah, Insya Allah, okey sikit.

Kredit: Mat Lan @ ©S&S Roof Expert HQ

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down