Siapa yang tak suka apabila diberi peluang untuk membuat dan ubahsuai sebuah ruang dapur yang biasa kepada ruang dapur yang cantik dan modern. Nak nampak modern adalah dengan melakukan rangka kabinet dapur custom macam yang dikongsikan oleh Ila Athilah ini.
Hasil rangka kabinet dapur custom tersebut dilakukan oleh beliau dan juga suaminya. Sebenarnya memang mencabar untuk dibuat tambahan pula baru buat pertama kalinya. Namun, mereka berjaya juga buat akhirnya. Satu kejayaan yang amat bermakna buat mereka.
Bahan untuk rangka kabinet tersebut terdiri daripada aluminium dan juga chipboard. Untuk sesiapa yang ingin jimat daripada membeli kabinet mahal boleh ikuti DIY rangka kabinet dapur custom ini.
Kabinet dapur atas dan bawah tu sis dengan suami diy sendiri. Kami custom made dan pasang sendiri. Rangka kabinet semua kami buat sendiri. Rangka kabinet dari aluminium.
Kabinet dari chipboard. Mencabar jugak nak buat ni sebab baru first time buat tapi alhamdulillah siap juga kabinet mampu milik ini.
Dapur Lama Yang Biasa Kini Menjadi Dapur Dengan Dekorasi Cantik
Jemput tengok dahulu bahagian dapur milik Ila yang lama ni.
Jika diingatkan balik dulu ni ingat dah nampak kemas dan cantik. Namun, untuk lebih nampak modern terdetik nak buat custom kabinet dapur.
Selepas Pemasangan Kabinet Dapur Pada Bahagian Dapur
Beralihlaa pula kepada bahagian dapur yang sekarang ini iaitu selepas pemasangan kabinet dapur. Untuk pengetahuan anda semua, rangka ini adalah daripada aluminium manakala kabinet pula adalah kayu chipboard.
Bahagian sinki yang dilengkapi dengan rak serbaguna dan juga mesin air cuckoo. Suka ada rak kat sinki tu sebab habis jer basuh pinggan apa semua letak jer kat situ.
Almari ni almari khas untuk meletakkan apa jua perkakasan dapur yang ada disini. Kalau ruang tu kosong tu boleh tahu dah alat dapur mana yang hilang.
Sumber : Ila Athilah