Penghasilan dekorasi pada ruang bilik air boleh dikatakan bukanlah benda asing pada masa kini. Hal ini kerana, sudah ramai dikalangan masyarakat kita mula berjinak-jinak dalam penghasilan dekorasi pada ruang bilik air.
Perkara tersebut turut dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Nurlailah Khadijah. Beliau telah menghasilkan renovasi bilik air lamanya itu dengan konsep yang cukup menakjubkan hanya guna barang dari Shopee sahaja.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian menarik ini.
Before and after toilet renovation.
Alhamdulillah. Terima Kasih husband sponsor untuk projek renovasi ini. Alang-alang nak baiki toilet, terus nak buat toilet idaman.
Asalnya toilet itu baik-baik sahaja, tapi satu hari di bulan October tahun lepas, isteri cuci toilet tuang asid setengah botol kemudian biarkan selama sejam baru nak berus. sekali bukan kotoran semua hilang, segala warna tiles pun terhakis habis. Tiles asal warna hitam terus jadi putih.
Kemudian November tahun lepas suami pun approve untuk renovasi balik toilet ini.
Biasanya tiles untuk dinding bathroom, disarankan guna saiz 2x1 atau saiz lagi kecik. Sebab kalau saiz 2x2 atau lagi besar kemungkinan tiles akan jatuh atau pecah. Sebab bila saiz besar and naik sampai 10 kaki dekat atas siling, takut kalau simen tak betul sebab saiz besar sangat, nanti tiles akan jatuh.
Info ini dari kedai tiles. Jadi, untuk bilik air ini guna 2x1 kaki.
Keadaan tandas sebelum diubahsuai.
Keadaan tandas selepas selesai diubahsuai.
Ini adalah senarai barangan peralatan yang dibeli di Shopee :
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat membantu mereka yang ingin mencari inspirasi dalam mendekorasikan tandas masing-masing.