Renovasi Rumah Subsale Keluasan 650 Sqft Yang Cantik

33,146 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah subsale zaman sekarang merupakan rumah yang semakin dicari-cari oleh rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja disebabkan harga yang sangat murah namun rumah subsale ini juga menawarkan pelbagai kemudahan asas bagi seseorang yang ingin memiliki rumah sendiri.

Mas Aura telah membeli satu rumah subsale ini pada tahun 2017 dengan harga yang sangat murah. Memandangkan rumah tersebut sangat kosong pada awal dibeli olehnya, terdetik hati beliau untuk melakukan renovasi rumah subsale tersebut.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan semua proses renovasi ini dilakukan dan juga hasil akhir renovasi rumah subsale ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Wanita Lakukan Renovasi Rumah Subsale Yang Cantik & Menarik

Deko raya, saya serta kan sebelum dan selepas renovate flat saya keluasan 650sqft. Beli tahun 2017 subsale. Sikit2 renovate. Siap sepenuhnya Deko bajet je. Banyak yang saya dengan suami diy sendiri, wainscoating buat sendiri, cat sendiri

Gambar Sebelum Renovasi

Berikut merupakan gambar asal masal awal-awal saya membeli rumah subsale ini pada tahun 2017. Setiap ruangan ini sangat kosong dan juga berdebu. Jadi, masa ini terdetik untuk melakukan renovasi rumah subsale ini.

Bahagian ruang tamu yang asal.

renovasi rumah subsale

Ini merupakan bahagian ruangan dapur sebelum renovate. Dapur terus nampak bahagian ruang tamu.

Bilik utama

renovasi rumah subsale

Proses Renovasi Dijalankan

Proses renovasi sedang dijalankan. Pasang tiles dan buat dinding blok kan tutup dapur ke ruang tamu

renovasi rumah subsale

Selepas pasang tiles pada bahagian ruang tamu.

Renovasi bahagian dapur selepas membuat table top dan pasang tiles

Dari pintu masuk. Bahagian ini siap wainscoating satu ruang tamu.

Pintu masih cantik lagi cantik. Sayang nak buang jadi kita diy wainscoating dan cat baru je dah nampak cantik.

Selepas tukar tingkap sliding, cat, wiring, dan wainscoating 1 ruang tamu.

Ruangan laundry masih dalam proses.

Pasang cornice pun suami pasang sendiri.. Kami tengok cara untuk lakukan di youtube

Hasil Renovasi Yang dilakukan

Bahagian Ruang Tamu

renovasi rumah subsale

Bahagian ruang makan. Cermin tu pun kami buat secara diy menggunakan cermin ikea

renovasi rumah subsale
renovasi rumah subsale
renovasi rumah subsale

Tingkap sliding yang dibuat itu saya letak pokok2 kesayangan saya.

renovasi rumah subsale
renovasi rumah subsale

Dapur selepas pasang kabinet. Kabinet amik warna merah, biar semangat sikit nak masak

renovasi rumah subsale
renovasi rumah subsale

Sumber : Mas Aura

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down