Renovate Bilik Air Lama Hanya Guna "Nippon Paint"

35,758 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tandas atau bilik air merupakan ruang yang paling kerap kali untuk kita upgradeHal ini kerana, kawasannya yang lembab mampu menggalakkan pertumbuhan lumut dan paling penting menjadi tempat kegemaran bagi lipas membiak dengan jayanya. Min sangat yakin yang anda semua tidak rajin atau tidak sanggup untuk lakukan renovasi bilik air setiap tahun. Perkongsian kali ini adalah dari Auzaie Mahamud. Perkongsianya adalah mengenai renovate bilik air lama hanya guna "nippon paint".

Usah risau, min akan kongsikan tips daripada Encik Auzaie Mahamud di laman Facebook di mana beliau DIY tandas yang lama bertukar kepada tandas yang baru dan sangat memuaskan.

Renovate Bilik Air Lama Guna Konsep Hotel Bajet :

Touch up bilik air dengan bajet rm 200!
Alhamdulillah. Hari ini siap juga touch up bajet nak bagi cantik bilik air. Ala-ala hotel bajet. Hehe.
Langkah-langkahnya:
1) Cuci
(Biar kering 2-3 hari pun tak apa)
Selepas tu.
2) Cat Hycote Nippon Pain (coat saja)
(RM 108- 1 liter)
Selepas 4-5 jam.
3) Pilihan warna:
-EA4 Nippon Paint (putih) untuk atas. RM 4x -1 liter.
-EA4 Nippon Paint (hitam) untuk bawah. RM 4x- 1 liter.
4) Lekat TILES STICKER. Beli di Diy & Eco.
Siap jugak. Dapat nafas baru bilik air nihhhh.
Cuci tandas anda dulu sehingga diyakini bersih. Tips untuk bersihkan tandas anda adalah dengan gunakan acid supaya kotoran degil mudah dihilangkan.
bilik air simple
 Gunakan Cat Hycote Nippon Paint yang bernilai RM 108 bagi 1 liter. Cat ini bertujuan untuk coating sahaja.
bilik air simple
Gambar di bawah adalah hasil selepas selesai coating. Tunggu selama 4-5 jam untuk ke langkah seterusnya.
bilik air simple
2 warna yang dipilih iaitu:
-EA4 Nippon Paint(warna putih) untuk bahagian atas
-EA4 Nippon Paint(warna hitam) untuk bahagian bawah
bilik air simple
bilik air simple
Beli Tiles Sticker  yang coraknya menarik yang boleh dilekatkan di sisi dinding bilik air. Pelekat ini ada di jual di kedai DIY ataupun di kedai Eco
bilik air simple
bilik air simple
bilik air simple
Inilah rupa tandas yang baru diubahsuai ini, memang saling tak tumpah macam tandas hotel di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down