Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck Step

13,901 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pada masa kini, boleh dikatakan kebanyakan pemilik rumah yang membina rumah di atas tanah lot sendiri sangat gemar menggunakan bumbung jenis besi tidak kira sama ada warna merah, biru, dan sebagainya.

Sebab utama penggunaan bumbung jenis ini cukup digemari oleh kontraktor dan tukang adalah kerana ianya lebih murah, ringan dan senang untuk dipasang.

Walaupun ianya banyak kelebihan untuk kegunaan pada masa kini, namun, bumbung metal deck step ini juga tetap mempunyai risiko penggunaannya.

Jadi, jom sama-sama kita ketahui risiko yang bakal dihadapi oleh pemilik rumah yang menggunakan bumbung jenis metal deck step ini.

Metal Deck Step Roofing Profile:

Pengenalan:

Ia adalah salah satu jenis reka bentuk seolah-olah nampak seperti atap genting. Namun, ia diperbuat dari kepingan besi yang dimasukkan ke dalam mesin bagi dibentuk sebegitu rupa.

Kos:

Dari segi kos pula, ia adalah lebih murah jika dibandingkan dengan menggunakan atap genting. Ini adalah kerana rekaan rangka bumbung juga adalah lebih jarang kerana ia lebih ringan berbanding dengan menggunakan atap genting.

Bunyi:

Jenis profile ini akan lebih bising sekiranya dipasang terus tanpa sebarang gentian fiber (fibre glass) atau gentian batu (rock wool) diletak di bawahnya. Maka ia akan jadi amat bising semasa hujan lebat.

Penebat haba:

Pemasangan step roofing tanpa sebarang kertas aluminium di bawahnya akan menyebabkan penyerapan haba panas dan seterusnya menyebabkan bahagian atas siling menjadi amat panas seterusnya menyebabkan bilik anda turut menjadi panas.

Punca Berlakunya Masalah bocor:

1. Cara pemasangan:

Tukang yang memasang profil ini haruslah dari kalangan yang amat berpengalaman. Ini adalah disebabkan oleh profil ini mempunyai banyak lekuk.

Sekiranya kepingan yang pertama dan kedua dipasang senget, amat susah untuk memperbaikinya kerana akan berlaku masalah dimana bahagian sambungan akan mempunyai lubang yang membolehkan air masuk semasa hujan lebat dan angin kencang.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck

2. Takung air:

Profil ini memerlukan kecuraman yang sesuai untuk memastikan air dapat mengalir dengan lancar. Jika tidak, air akan bertakung di antara lekuk.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck

3. Kemek:

Disebabkan oleh jarak di antara rangka melintang adalah lebih jauh dan kadang-kala sehingga melebihi 4 kaki, maka adalah lebih menyukarkan untuk memijak di atas rangka bumbung.

Sekiranya bumbung itu menggunakan ketebalan kurang dari 0.4mm, maka kemungkinan ia kemek semasa dipijak di atas profil tersebut adalah tinggi.

Apabila profil itu kemek, air akan bertakung di atasnya. Air itu akan mempunyai kemungkinan masuk ke dalam celah di antara skru dan bertakung di dalam rangka besi hollow.

Lama-kelamaan besi hollow itu akan berkarat dan ini membahayakan tukang yang naik ke atas untuk membuat sebarang pembaikan bumbung.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck

4. Skru:

Disebabkan oleh profil ini mempunyai banyak lekuk, semasa mengikatkannya dengan skru, ia harus dilakukan dengan baik.

Jika ia di ikat secara senget, pasti air akan mengalir ke dalam celah skru.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck

5. Pembetulan (rectify):

Sekiranya jenis profil ini tersilap pasang pada permulaan. Ia akan menjadi sukar untuk diperbaiki kesilapan dan akan menyebabkan bahagian sambungan berlubang.

Maka, cara lain adalah meletak bumbung lain di atasnya atau menukar bumbung lain.

Nota:

Sekiranya anda ingin menggunakan profil jenis ini, perlu pastikan anda beli jenis 0.47mm (tct) dan ke atas dan cari tukang yang mahir untuk memasangnya. 

Jika tidak, anda pasti akan pening kepala menghadap masalah bocor.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck

Penambahan Kertas Aluminium Mampu Kurangkan Penyerapan Haba?

Betul ke selepas menambah kertas aluminium dibawah bumbung jenis ini dapat kurangkan haba?

Jawapannya adala betul. Ia adalah untuk mengurangkan penyerapan haba dan membolehkan penghawa dingin dapat menyejukkan bilik di bawah dengan cepat dan lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck Step

Ini adalah sedikit perkongsian berkenaan kerja memasang kertas aluminium di bawah bumbung metal deck jenis step roofing.

Dari luar ia kelihatan seperti atap genting tetapi ia sebenarnya diperbuat dari metal deck step.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck Step
Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck

Di dalam pasaran, ia mempunyai pelbagai jenis kertas aluminium. Ada yang dipanggil sebagai single-sided, iaitu hanya 1 lapisan kertas aluminium.

Manakala, ada juga jenis yang double-sided, yang bermaksud 2 lapisan kertas aluminium.

Disebabkan kertas aluminium adalah sesuatu yang nipis, maka ia harus dilekatkan (laminate) pada pelbagai jenis permukaan seperti kertas kraft, woven, bublepak, XPE Foam dan sebagainya.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck
Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck Step

Bagaimana mahu membezakan sama ada ia berkualiti atau tidak?

Mudah sahaja, boleh tanya ia diperbuat dari kertas aluminium (pure aluminium / aluminium foil) ataupun filem aluminium (aluminium film / metalised film).

Kedua-duanya nampak sama. Namun, sebenarnya berbeza. Hanya mereka yang arif dalam bidang ini sahaja dapat membezakan kedua-dua jenis produk ini.

Maka, kita akan lihat ada yang 1 gulung yang hanya dijual dengan harga RM100 lebih sehingga RM1,000 lebih. Contohnya macam kita beli kereta Kancil dan Mercedes. Kualiti yang berbeza kan? Maka keberkesanannya pun berbeza.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck

Untuk projek ini, mereka memilih untuk pasang jenis double-sided pure aluminium laminate on PE Bublepak. Keberkesanannya boleh dilihat dan dirasai.

Suhu yang diambil pada gambar dibawah ini adalah sebelum habis pemasangan bumbung. Pasti hasilnya akan lebih baik dari yang ditunjukkan di sini.

Keesokan harinya pula suhu siling sebelum dan selepas akan diambil.

Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck Step
Risiko Penggunaan Bumbung Jenis Metal Deck
Suhu Bumbung Jenis Metal Deck Step
Suhu Bumbung Jenis Metal Deck Step

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Kredit: Lee Wai Wan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down