Ruang tamu rumah antara tempat yang paling perlu kita sentiasa kekalkan agar ia cantik dan menarik. Jika ruang tamu berada di dalam tidak cantik, siapa yang nak tengok,kan? Jadi, apa kata anda cuba ubahsuai ruang tamu kampung anda kepada suasana moden macam yang dilakukan oleh Ijat Hussin.
Banyak perkara yang dilakukan oleh Ijat Hussin ini dalam menjayakan ubahsuai ini. Hasil ubahsuai tersebut telah dikongsikan didalam media sosial Facebook beliau dan banyak reaksi yang positif dibahagikan terhadap perkongsian tersebut. Jom kita tengok bagaimana ubahsuai ini dilakukan dan juga hasil akhir ruang tamu kampung ini.
Dari ruang tamu suasana kampung di convert kepada suasana modern mewah. Alhamdulillah. Ini la jadi kalau pkp stay at home. Asal jadi rumah mak ayah.
Ruang Tamu Rumah Kampung Mak Ayah
Beginilah keadaan dan rupa ruang tamu rumah kampungku ini. Macam rumah kampung biasa, lantai memang wajib akan beralaskan tikar getah. Untuk ubahsuai yang bakal dilakukan, saya ingin tukarkan lantai tersebut dan juga dinding diletakkan wainscoting.
Proses Ubahsuai Ruang Tamu Dilakukan
Proses ubahsuai ruang tamu ini dimulakan dengan menukarkan lantai terlebih dahulu. Daripada beralaskan tikar getah ditukarkan kepada lantai spc. Harganya pun murah dan mudah untuk digunakan.
Siap bahagian pemasangan lantai ini.
Beralih kepada proses wainscoting pula. Lakukan sedikit lakaran terhadap kayu wainscoting yang ingin dilekatkan.
Siap lakaran, masa untuk lekatkan kayu wainscoting pada dinding pula.
Kayu wainscoting yang digunakan. Boleh dapatkan di Shopee dan juga Lazada. Lihat panduan dan langkah DIY wainscoting.
Shopee - https://shp.ee/5u4rxez
Shopee 2 - https://shp.ee/7u5bjgh
Peralatan yang digunakan untuk wainscoting :-
Lekatkan kayu wainscoting menggunakan nail gun. Hati-hati apabila gunakan ini.
Pembantu cilik juga tolong untuk mengecat wainscoting ini.
Proses mengecat dinding dan juga wainscoting dilakukan.
Hasil Akhir Ruang Tamu Suasana Moden
Inilah dia hasil akhir ubahsuai daripada ruang tamu kampung kepada suasana ruang tamu yang moden. Dekorasi warna cream dengan langsir coklat ini sememangnya sepadan 2 warna ini. Ditambah lagi dengan lantai kayu SPC ini, memang puas hati dengan kualiti dan harga yang berpatutan.
Selfie sedikit dengan hasil yang dilakukan. Hehehe.
Sumber : Ijat Hussin