Tips Pasang Lantai Vinyl Dengan Lebih Cepat Dan Mudah

1,977 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Seperti yang diketahui ramai, lantai vinyl ini sudah menjadi pilihan hati ramai orang kerana ianya yang mudah untuk dipasang dan jugak kos yang dikenakan tidak begitu mahal untuk memasang lantai vinyl ini.

Namun begitu, tak ramai yang tahu cara yang betul nak memasang lantai vinyl ini sehinggakan terdapat bekas kesan lompong lantai tersebut. Nak tak kalau min nak kongsikan kepada anda beberapa tips penting nak pasang lantai ini. Mudah je tau nak pasang lantai vinyl ni.

Untuk pengetahuan anda, tips ini telah dikongsikan oleh Puan Athirah Sharif. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.

Tips Untuk Pasang Lantai Vinyl Dengan Lebih Cepat Dan Lebih Mudah

  1. Pasang tape panjang panjang dulu. Jarakkan bagi setiap line tu dalam 1 kaki.
Pasang Lantai Vinyl

2. Pasang satu line dulu. Boleh mula dari kiri. Rapatkan ke dinding.

3. Line kedua adjust hujung kanan. Rapatkan ke kanan.

4. Boleh acah acah letak dulu sebelum buka tape.

5. Then bila dah confident, buka tape sikit sikit dan susun vinyl rapat rapat.

6. Teruskan sampai ke bawah.

Pasang Lantai Vinyl

7. Finishing nanti just potong dan cukupkan di sudut tepi.

8. Masa nak potong vinyl tu, pakai paper cutter kalau nak cantik dan mudah.  

Pasang Lantai Vinyl

Tadaa dah pun siap, nampak mudah je kan nak buat dan cantik sangat bila dah siap sepenuhnya.

Pasang Lantai Vinyl

Kredit : Athirah Sharif

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down