Setiap kali bersihkan lantai komfirm akan ada rasa melekit kan? Mesti stress jer rasa setiap kali cuci akan melekit. Nak jalan pun tak senang. Mungkin ini disebabkan bahawa anda membersihkan lantai menggunakan air biasa dan bukan air panas.
Sepertimana yang dikongsikan oleh roz_8492 melalui akaun tiktok, beliau tunjukkan tips untuk pastikan lantai rumah dibersihkan dengan betul supaya tidak lagi melekit dan kembali berkilat dan bersih.
Mungkin dengan cara ini dapat menyelesaikan masalah lantai melekit yang selalu dihadapi oleh anda semua. Diharap artikel ini dapat memberikan manfaat untuk anda semua.
Tips untuk memastikan lantai dirumah sentiasa kekal bersih dan berkilat mengikut cara saya ini 🥰🥰
Cara Betul Untuk Pastikan Lantai Di Rumah Sentiasa Bersih
Ambilkan baldi yang besar dan letakkan air panas.
Letakkan sabun pencuci lantai banyak mana korang nak.
Campurkan sedikit cuka.
Dan akhir sekali ditambahkan dengan soda bikarbonat.
Dah settle campur semua. Masa untuk mengemop lantai yang kotor dirumah.
Mop kan lantai dalam 2,3 kali ditempat yang sama. Lakukan proses yang sama sehingga berkilat.
Tadaaaaa! Dah nampak kan lantai pun berkilat dan bersih. Shininggg gituuuu.
Video Tiktok Untuk Tips Bersih Lantai Ini
Kredit : roz_8492 (Tiktok)