Masalah burung bersarang di atas siling rumah memang tidak dapat dielakkan lagi. Biasanya burung yang suka bersarang di atas bahagian siling adalah burung merpati. Terdapat keburukan juga apabila burung bersarang atas siling rumah ini.
Salah satunya adalah akan menyebabkan bahagian siling yang dibuat sarang itu menjadi cepat reput. Jadi, bagi mengatasi masalah tersebut, lelaki ini yang bernama Muzaffar Masor telah berkongsi mengenai cara mudah baiki siling reput guna cara DIY.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti cara simple untuk baiki siling reput yang cukup mudah ini.
DIY baiki siling. Cara tukang tak pro.
Ini semua salah burung. Tumpang buat sarang dekat sini. habis luruh siling. Dah tambah satu kerja nak kena buat. Siapa ada tips nak halau burung selain pindah rumah?
Ini adalah bahagian siling reput dalam bilik air akibat dari burung bersarang pada kawasan tersebut.
Masalah burung d iatas siling ini, kalau hanya duduk sahaja tak bawak daun tak apa. Pernah juga kutip 3 guni daun atas siling mereka buat sarang.
Bahagian siling reput tadi dipotong untuk digantikan dengan siling yang baru.
Kos untuk proses ini menjadi lebih jimat disebabkan oleh lebihan siling lama masih ada dan dapat digunakan.
Jaring diletakkan bagi mengukuhkan lagi siling tersebut.
Proses seterusnya pula adalah dengan memotong siling kepada bentuk lengkung, selepas itu sambung sedikit demi sedikit.
Proses penyambungan telah siap dilakukan.
Proses seterusnya pula adalah dengan membuat plaster.
Nampak tak betapa jinaknya burung ini? Tengah duduk buat kerja pun dia datang.
Siap proses mengecat. Harap-harap tahan la lagi 10 tahun.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.