Bilik tidur merupakan ruang di mana idea privasi anda tersirat berbanding ruang lain yang biasa digunakan seperti dapur, bilik mandi atau ruang makan. Setiap orang menghiasi, memasang dan menyusun bilik tidur mereka mengikut keutamaan peribadi mereka.
Bilik tidur juga adalah tempat untuk kita semua berehat dan berseorang diri. Bilik kita juga perlulah sentiasa kemas, cantik dan bersih. Kerana, personaliti seseorang itu boleh ditengok pada kekemasan bilik mereka. Namun, ada antara kita yang tidak tahu akan tips untuk organize bilik tidur.
Usah risau kerana menurut daripada Dr Nadya Amin menerusi platform Twitter, beliau telah berkongsikan barang-barang yang boleh digunakan untuk tips organize lagi bilik tidur anda. Jom kita tengok perkongsian beliau.
Bilik dah cantik tapi nampak wayar berteraburan. Boleh pakai ni untuk tutup cable dan wire supaya nampak teratur dan kemas.
Holder ini letak ni sebelah katil,masa charge tu risiko terpijak hp time bangun tu kurang. Senang nak ambik apabila perlu semasa mengecas telefon.
Untuk yang pakai extension wire,lekatkan extension di dinding dengan menggunakan ni. Boleh sorok bawah katil,atau bawah meja supaya extension tidak kelihatan.
Kalau suka pakai hair dryer dalam bilik air ala2 di hotel,boleh beli ni untuk simpan hair dryer. Bilik air juga akan nampak kemas dan elok.
Tidak perlu beli door stopper yang biasa tu,boleh pakai ni untuk bilik nampak lebih eksklusif dan functional pda masa yang sama.
Storage box terdiri daripada pelbagai bahan. Ada jenis kain, plastik dan banyak lagi. Boleh pilih suka yang mana. Tapi jenis macam ni lebih murah dan kita boleh lipat kalau tak nak pakai.
Untuk yang suka lipat baju,lebih baik untuk menambah ruang dengan menggunakan ini. Anda boleh juga simpan handbag selain baju di sini.
Jangan biarkan pakaian dalam dan stokin berterabur di dalam drawer. Gunakanlah compartment organizer seperti ini supaya mudah mencari dan cantik sentiasa. Anda juga boleh beli yang ‘stackable’ untuk digunakan dalam almari.
Kadang kala ruang yang kita ada tidak mencukupi untuk simpan barang. Ciptakan ruang tambahan dengan membeli alat ini untuk diletakkan bawah katil. Tak sakit mata tengok barang bersepah dah lepas ni.
Malam2 sebelum tidur kadang kala kita suka guna laptop atau baca buku atas katil. Lepas pakai, jangan letak di lantai, sebaliknya gunakan organizer seperti ini untuk letakkan barang.
Itu sahaja perkongsian daripa Giler Deco. Macam mana dengan tips diatas? Rasa-rasa anda dah boleh membeli barang ini dan bersedia untuk mengemas bilik anda. Semoga bermanfaat semua.
Sumber : Dr Nadya Amin