Tips Pemasangan Bumbung Metal Deck Mudah Dan Simple

11,311 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pada masa kini, rata-rata pemilik rumah sering menggunakan bumbung metal deck tidak kira pada bahagian awning, halaman rumah dan lain-lain kawasan rumah. Hal ini kerana, dari segi harga, ia lebih murah dan dapat menjimatkan kos.

Namun, jika mahu lebih penjimatan dalam penggunaan metal deck ini. Ia boleh dilakukan secara sendiri (DIY) dengan mengikuti beberapa tips mudah di bawah ini.

Jadi, jom ikuti tips ini dengan lebih lanjut di bawah ini.

Tips Pemasangan Bumbung Metal Deck

Sebab saya ada bumbung asal hampir 2 kaki dari dinding, maka proses waterproofing saya tak macam 4 layer projek awning hari itu.

Cukup pakai bitumen flashing tape sahaja.

Langkah Pemasangan Bumbung Metal Deck: 

  1. Skrukan pada tulang berbanding lurah/longkang. Sebab kalau dekat longkang, air mengalir laju. Nanti cepat berkarat skru tersebut.
  2. Jarak palang lebih kurang 3 kaki setiap satu.
  3. Pakai skru 2 inci 1/2 jenis self tapping hex head untuk bumbung.
  4. Lepas skru, tutup dengan bitumen tape untuk bagi lagi tahan.
  5. Beliau bina struktur kukuh, kekuda bumbung jenis macam ini sebab nak naik ke atas untuk pasang. Letak kayu 2x4. Alhamdulillah boleh naik untuk selesaikan.
  6. Mulakan pemasangan bumbung dari bahagian sukar diakses ke bahagian terbuka.
  7. Bahagian sudut perlu ketelitian sedikit. Esok baru beliau akan letak perabung dari jenis metal deck juga dan selesaikan bahagian sebelah sini.
  8. Hujan lebat tadi waktu pasang. Berhenti dulu dan perhati jikalau ada bocor. Memang tiada bocor.
  9. Bulan depan proses dinding pula dari simen board luar dalam.

Pada bahagian tersebut, seperti dalam gambar dibawah ini, beliau pakai flashing aluminium sebelah sana dengan bumbung asal.

Disebabkan sudah ada bumbung atas, bahagian tepi dinding tidak perlu lagi buat waterproofing kerana air tidak akan sampai ke bahagian dinding, cukup sekadar menggunakan bitumen tape.

Tips Pemasangan Bumbung Metal Deck

Harga VitalBand ini dalam lingkungan RM18-19 di kedai hardware. Kalau beli banyak, lebih untung beli di Shopee.

Tips Pemasangan Bumbung Metal Deck

Bahagian tepi sekali itu belum diskru lagi disebabkan oleh cuaca mula hujan dan petir.

Tips Pemasangan Bumbung Metal Deck

Bila struktur dan cara pemasangan betul. Boleh tampung beban yang secukupnya.

Tips Pemasangan Bumbung Metal Deck

Dari luar nampak tinggi. Tak berani nak akses dari luar pagar ini kerana merbahaya dan risiko untuk jatuh itu tinggi.

Tips Pemasangan Bumbung Metal Deck

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Kredit: Ben Safwan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down