Tanaman di dalam rumah atau indoor plant memberi suasana yang segar sekali gus menjadi pelengkap dekorasi. Namun, memandangkan wadahnya merupakan sebuah pasu, aliran nutrisi kepada tanaman amat terbatas.
Eddy Rusdi Abdullah ada berkongsi tentang tips penjagaan indoor plant dengan sebetulnya di dalam Facebook page Malaysia Plant Lovers.
Walaupun ianya tanaman hiasan, ia tetap perlu dibaja apabila tiba masanya. Hal ini untuk memastikan tanaman anda hidup sihat dan tumbesarannya optimum. Tetapi apabila ingin membajanya, indoor plant tidak boleh dibaja dengan sembarangan. Khuatir ianya akan memberi impak kepada isi rumahnya pula.
Jika tidak mempunyai baja jenis cecair, gunakan sahaja baja biji yang sudah ada tetapi larutkannya di dalam air. Larutkan sepertiga baja ke dalam tiga liter air. Lakukan pembajaan 2 hingga 3 minggu sekali dari bulan Mac hingga September. Selebihnya adalah tempoh untuk tanaman anda berehat. Penjagaan tanaman indoor sama seperti yang lain. Perlu diperiksa ada atau tidak serangga perosak, buang bahagian yang layu dan mati dan lain-lain.
Tapi ada satu yang paling penting. Lihat ada atau tidak akar yang terkeluar dari bawah pasu. Jika ada, ia menunjukkan bahwa tanaman anda memerlukan pasu yang lebih besar atau perlu dipecahkan kepada beberapa bahagian rumpun kecil. Tidak semua tanaman indoor memerlukan baja. Antara jenis tidak perlu dibaja adalah succulent dan kaktus. Oleh itu, cukup sekadar menambak atas tambah medium tanaman pada pangkal pokok.
Sampai disini sahaja dulu perkongsian kali ini. Semoga para pembaca mendapat sesuatu malui pembacaan ini.